26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bila Saya Lihat Kerusi Yang Arwah Bapa Selalu Duduk, Akan Rasa Sayu’ – Syafiq Dharma

    Shopee Sale

    Pelakon, Syafiq Dharma mengakui emosinya terjentik ketika melakonkan filem pendek raya berjudul Jam Misteri Atuk kerana jalan cerita karya tersebut sangat dekat dengan pengalaman hidupnya.

    Artikel Berkaitan: ‘Imamkan Solat Jenazah Adalah Hadiah Terbaik Yang Saya Boleh Berikan Kepada Ayah’ – Anak Arwah Dharma Harun

    Teringat arwah ayah

    Syafiq, 37, berkata, beberapa babak dalam filem berkenaan membuatkan dia terkenang arwah bapanya yang juga pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid yang meninggal dunia pada 25 November tahun lalu.

    Cerita ini tentang seorang anak yang kehilangan bapanya. Saya bersetuju untuk terlibat dalam karya ini kerana skripnya cukup dekat dengan diri saya yang baru kehilangan bapa dan masih dalam proses untuk ‘move-on’.

    Seperti mana dalam filem pendek ini, selepas arwah bapa tiada barulah kita teringat kenangan bersama dan rasa rindu.

    Walhal semasa bapa masih ada, kita sibuk dengan kerja dan kehidupan. Sekarang, apabila saya lihat kerusi yang arwah bapa selalu duduk, saya akan rasa sayu.

    Tambah Syafiq, filem pendek terbitan Avaris Studio itu juga membawa mesej penting tentang menghargai masa bersama ibu bapa selagi mereka masih ada.

    Berkongsi pengalaman di lokasi penggambaran, Syafiq berkata walaupun tempoh penggambaran agak singkat, proses tersebut berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat.

    Jika dibandingkan dengan pelakon lain, saya rasa diri terlalu kerdil. Tetapi mereka dapat menerima saya dengan baik, begitu juga dengan pihak produksi yang sangat profesional. Perkara itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk terlibat dalam karya lain selepas ini.

    Filem pendek tersebut diarahkan oleh Ali Irman Bahrudden dan mengisahkan tentang seorang cucu perempuan yang masih merindui arwah datuknya. Segalanya berubah apabila dia menemui jam tangan lama milik datuknya yang secara misteri membawanya kembali ke masa lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Aziz Rindu Ayden & Ara – ‘Alhamdulillah, Saya Rasa Mereka Berada Di Persekitaran Yang Baik’

    Menurut Ali Irman, filem pendek yang menjalani penggambaran selama dua hari di Hulu Langat, Selangor itu sarat dengan mesej positif mengenai kepentingan menghargai orang tersayang serta belajar berdamai dengan takdir.

    Pembikinan filem pendek ini tidak sukar kerana barisan pelakon yang berpengalaman. Apa yang boleh saya katakan, Jam Misteri Atuk adalah sebuah karya yang sangat menyentuh jiwa terutama bagi mereka yang pernah kehilangan insan tersayang.

    Selain Syafiq, filem pendek ini turut dibintangi oleh Azhar Amir, Aleza Shadan, Wafariena Roslan, Kiky Hannah dan Aidern Shafiy.

    Jam Misteri Atuk telah ditayangkan secara eksklusif pada 13 Mac lalu di 10Stars Cinemas Hextar World, Empire City Mall, Damansara.

    The post ‘Bila Saya Lihat Kerusi Yang Arwah Bapa Selalu Duduk, Akan Rasa Sayu’ – Syafiq Dharma first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah