31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kucing Iqbal Zulkefli Yang Dibeli Harga RM18k M*ti – ‘Penjagaan Lebih RM50k Saya Perjuangkan’

    Shopee Sale



    Iqbal Zulkefli

    Penyanyi dan selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli diselubungi rasa sedih apabila kucing peliharaanya bernama Pablo sudah mati.

    Pablo dah mati

    Iqbal Zulkefli

    Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal, 31, berkata kucing tersebut mati akibat dijangkiti virus Parvo.

    Kucing saya telah tiada. 5 tahun, tidak pernah sekali saya tinggalkan Pablo, kali ini mati di bawah pusat jagaan akibat virus Parvo.

    Awalnya Pablo murung disangkakan berpunca dari kakinya yang retak. Sudah terlambat, Pablo dihantar dalam keadaan nazak ke doktor.

    Saya jadi serba salah kerana pusat jagaan sudah jaga yang sehabis baik yang mereka mampu.

    Rasa bersalah saya yang tinggalkan agak lama kali ini ternyata kucing jenis mainecoon ini tidak boleh berjauh dengan saya.

    Harga RM18k

    Iqbal Zulkefli

    Akan merindui momen bersama, Iqbal memberitahu, sepanjang hanyat Pablo dia sudah menyediakan kemudahan terbaik bagi keselesaan kucingnya.

    Sekarang tinggal Buya. Saya sediakan istana besar yang lengkap dengan penyaman udara dan enam jenis vitamin setiap hari.

    Makanan yang paling berkualiti dan daging organik.Saya besarkan kucing saya sehingga berat mencecah 18 kilogram.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hujan’ itu turut memaklumkan, dia membeli Pablo dengan harga RM18,000 pada lima tahun lalu.

    Jujur, bukan hanya Pablo yang saya beli dengan harga RM18,000 namun penjagaannya sudah lebih RM50,000 saya perjuangkan.

    Namun, bukan ini saya kisahkan tetapi hati saya, yang sedang memujuk untuk reda.

    MENARIK:  Fathia Latiff Berkongsi Foto Dukung Aiman Hakim Ridza - 'Saya Akan Berhenti Jika Anda Minta Maaf'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah