27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aurat Pesakit Wanita Dalam Rawatan & Keadaan Darurat: ‘Jika Doktor Menolak Sehingga Membahayakan Nyawa Boleh Dianggap Berdosa’

    Shopee Sale

    Ramai wanita berasa kurang selesa apabila perlu mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki, terutamanya jika melibatkan pendedahan aurat.

    Artikel Berkaitan: Pantang Larang Dalam Islam, Kenapa Tak Boleh Tiup Makanan & Minuman Panas?

    Artikel Berkaitan: Hukum Rawatan Laser Mengetatkan Faraj, Harus Atau Haram?

    Sebaiknya perawat yang sama jantina

    Dengan meningkatnya kesedaran agama dalam kalangan Muslim kini, isu penjagaan aurat pesakit wanita semasa keadaan darurat menjadi perkara sensitif yang memerlukan perhatian pesakit dan petugas kesihatan.

    Dalam Islam, menutup aurat adalah kewajipan bagi lelaki dan wanita yang bukan mahram, termasuk dalam konteks perubatan, di mana pesakit dan petugas kesihatan berlainan jantina dilarang mendedahkan aurat atau melakukan sentuhan tanpa keperluan syarak.

    Dalam Surah an-Nur ayat 30 menegaskan pentingnya menundukkan pandangan, dan para ulama menekankan bahawa rawatan sebaiknya diberikan oleh perawat yang sama jantina bagi menjaga maruah dan mengelakkan fitnah.

    Bagaimanapun, Islam bersifat realistik dan mengambil kira keadaan umatnya.

    Dalam situasi tertentu seperti berlakunya darurat yang mengancam nyawa atau menyebabkan kemudaratan serius seperti kemalangan, komplikasi bersalin atau pendarahan berat, prinsip fiqh membenarkan pengecualian larangan.

    Sehubungan itu, mana-mana doktor yang berkelayakan, wajib memberikan rawatan segera, dan jika menolak rawatan sehingga membahayakan nyawa boleh dianggap berdosa.

    MENARIK:  Pemungut Sampah C*b*l Kanak-Kanak Lelaki Berusia 6 Tahun Di Tanah Perkuburan

    Darurat jika tiada alternatif

    Selain itu, hukum harus dalam hal ini tertakluk kepada prinsip darurat mengikut kadar keperluan, di mana pendedahan aurat hanya dibenarkan setakat yang diperlukan untuk prosedur perubatan, bergantung kepada kepakaran, kemudahan logistik, dan bilangan doktor lelaki atau perempuan.

    Prosedur rutin seperti ujian saringan membolehkan pesakit memilih perawat wanita, manakala pemeriksaan kritikal atau pembedahan yang memerlukan pakar tertentu dianggap darurat jika tiada alternatif perawat wanita.

    Badan fiqh antarabangsa turut menegaskan keutamaan dalam memilih perawat iaitu pertama wanita Muslimah, diikuti wanita bukan Muslim, lelaki Muslim, dan lelaki bukan Muslim jika tiada alternatif.

    Pesakit juga berhak mengetahui dan menentukan bentuk rawatan setelah menerima maklumat lengkap, namun dalam keadaan kecemasan, mereka dituntut bersikap realistik.

    Seiring dengan itu, pesakit perlu menyuarakan keperluan agar sensitiviti aurat dijaga oleh perawat, sementara kesedaran masyarakat telah mendorong penubuhan hospital Islam dan hospital khusus wanita yang menepati prinsip syariah.

    Di samping itu, perawat perlu bertanggungjawab dalam menjaga maruah pesakit dengan menutup auratnya dan mengelakkan situasi yang boleh menimbulkan syak atau fitnah.

    Sumber: Kashoorga

    The post Aurat Pesakit Wanita Dalam Rawatan & Keadaan Darurat: ‘Jika Doktor Menolak Sehingga Membahayakan Nyawa Boleh Dianggap Berdosa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah