
Sekadar gambar hiasan
Seorang pemungut sampah ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki dalam satu kejadian di tanah perkuburan di Nusa Tenggara Barat, pada Februari lalu.
Cabul budak lelaki di tanah perkuburan

Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Kompas, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 6 tahun itu sedang bermain di kawasan berkenaan sebelum dia ditegur oleh suspek, 31.
Difahamkan, suspek telah memaksa mangsa ke satu kawasan yang sunyi sebelum mengarahkan kanak-kanak itu melakukan sesuatu kepada kemaluannya. Mangsa pada awalnya menolak namun dipaksa malah tangannya ditarik sehingga terpaksa menuruti permintaan suspek.
Difahamkan, suspek juga berbuat demikian kepada mangsa. Usai melepaskan nafsunya, suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan tentang kejadian kepada sesiapa termasuk ibu bapanya.
Namun segala-galanya terbongkar apabila mangsa mendengar suara gendang sewaktu bersahur dan dia terus bertanya kepada ayahnya adakah individu tersebut adalah AH (suspek).
Bapa mangsa yang melihat anaknya berada dalam ketakutan kemudian bertanya apa sebenarnya yang berlaku.
Mendengar pengalaman hitam yang menimpa anaknya, bapa mangsa tampil membuat laporan polis.
Hasil siasatan awal, suspek dipercayai menggunakan wang sebagai modus operandi melakukan perbuatan keji itu.





