Personaliti media sosial, Andika Putera berasa kesal dengan komen negatif yang ditulis oleh seorang warganet terhadap penampilan anaknya, Alisha Puteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tak Pernah Malu Dengan Fizikal Anak – ‘Saya Bangga Dengan Apa Sahaja Yang Allah Berikan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Andika Matang, Tak Cemburu Andika Putera Bergambar Dengan Alisha & Ananda Natasha – ‘Kasih Sayang Yang Adil Untuk Anak’
Sensitif soal anak
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Andika berkongsi komen individu itu yang mendakwa imej Alisha tidak sepadan dengan dirinya yang gemar berfesyen, selain mengecam baju yang dipakai kanak-kanak tersebut seolah-olah dibeli dengan harga murah.
Tidak berdiam diri, pemilik nama Muhamad Andika Putera Salleh, 30, tampil mempertahankan cahaya matanya itu dan menjelaskan keadaan sebenar.
Cakap pasal saya tak apa lagi, kalau pasal anak saya sensitif sikit.
Kadang-kadang pelik dengan netizen Malaysia, kalau bab mengecam, nak complain nombor satu tanpa tahu apa yang terjadi, apa yang lalui dan apa situasi sebenar.
Menurut Andika, pakaian tersebut dipilih sendiri oleh Alisha yang amat meminati sebuah filem animasi Korea, Huntrix.
Anak saya sangat suka Huntrix, kita sebagai ibu bapa beli baju lawa di mata kita tapi tak lawa di mata anak.
Alisha sudah lima tahun dan pandai memilih.
Dalam pada itu, Andika berkata kegembiraan dan momen bersama keluarga adalah lebih penting berbanding harga pakaian mereka.
Bagi saya mudah,tak kisahlah mahal atau murah. Yang penting kami sekeluarga gembira pakai baju sama tema dan waktu ini kami ke taman permainan Barbie yang penuh dengan warna merah jambu.
Baju saya dan keluarga, apa kaitan dengan hidup orang yang nak mempersoalkan..macam saya pakai duit mereka.
Sumber: Threads
The post Andika Putera Bidas Netizen Persoal Pakaian Alisha – ‘Kami Dah Beli Baju Cantik Tapi Tak Lawa Di Mata Anak’ first appeared on OHBULAN!.





