28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anak Zarina Zainuddin Peroleh 6A 2B Dalam SPM 2023 – ‘Alhamdulillah, Bersyukur Sangat’

    Shopee Sale



    Zarina Zainuddin

    Pelakon Zarina Zainuddin meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Muhammad Adam Azrai memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

    Cemerlang SPM

    Zarina Zainuddin

    Menerusi hantaran di Instagram, Zarina memaklumkan anaknya berjaya mendapat enam gred A dan dua gred B.

    Alhamdulillah, Adam dah dapat keputusan SPM. Dia dapat 6A 2B+. Syukur.

    Sebagai seorang ibu, itu pun saya sudah bersyukur sangat. Ibu tak pandai, biarlah anak pandai. Semua ibu bapa mengharapkan anak mereka berjaya.

    Pada hantaran sama, Zarina turut memuat naik gambar keputusan SPM anaknya untuk tontonan umum.

    Dapat dilihat antara subjek yang memperoleh gred A adalah Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains dan Sains Sukan.

    MENARIK:  Perancangan Masih Dijalankan untuk Sekuel Filem Jiwa 18

    Manakala untuk subjek Bahasa Melayu dan Prinsip Perakauan, Adam memperoleh gred B.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas menitipkan ucapan tahniah kepada Zarina dan anaknya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah