Tindakan usahawan Aleeya Zailan dan anak perempuannya membantu membeli barangan jualan seorang kanak-kanak telah meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Aleeya Zailan Terkejut, Air Paip Hotel 5 Bintang Kotor! – ‘Lepas Berus Gigi Tekak Gatal’
Artikel Berkaitan: ‘Allah Hadirkan Ribuan Pelanggan Yang Saling Tak Tumpah Seperti Arwah Ibu’ – Aleeya Zailan
Bantu kakak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Aleeya serta keluarganya sedang menikmati makanan di sebuah restoran dan mereka didatangi oleh seorang kanak-kanak perempuan.
Anak sulung kepada usahawan itu kemudian membeli barangan jualan kanak-kanak berkenaan iaitu popia dan samosa.
Rajin adik ni, baru darjah 4 dah tolong kakak dia menjual. Bangga saya tengok!
Semoga anak-anak saya semua rajin dan ringan tulang macam adik ini.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara didikan Aleeya terhadap anak-anaknya dan menyifatkan Eva sebagai seorang remaja yang beradab.
Bagusnya Eva, dia bersihkan duit dulu baru bagi dekat adik tu.
Eva sangat bersopan santun, bagus didikan Aleeya dan suami.
Bagus anak Aleeya ni, tak sombong dan terus beli. Yang dia risau sebab ada kesan lipstick dekat duit tu je.
Dalam masa yang sama, warganet turut berasa sebak melihat kanak-kanak itu yang terpaksa bekerja demi membantu keluarganya.
Kenapa rasa sebak sangat, baru darjah 4 dah berniaga tolong kakak dia. Tak boleh bayangkan kesusahan yang adik ni lalui.
Kesiannya adik ni, baru umur 10 tahun dah kena berniaga.
Sumber: TikTok Avenys
The post Anak Aleeya Zailan Beli Barang Jualan Budak Darjah 4 first appeared on OHBULAN!.






