Usahawan dan selebriti media sosial, Noor Nabila disifatkan sebagai wanita yang mengutamakan diri sendiri demi kebahagiaannya.
Artikel Berkaitan: Netizen Selidik Harga Jam Tangan Noor Nabila, Cecah RM252,000 – ‘Sama Nilai Sebuah Apartment’
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Ungkap Isi Hati – ‘Tidak Yang Semua Pergi Itu Satu Kehilangan’
Utamakan diri sendiri
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit memuji cara Noor Nabila yang sentiasa mendahulukan dirinya.
Selain itu, individu terbabit turut meluahkan rasa kagum terhadap bekas isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah serik untuk mencari pasangan hidup yang sesuai buat dirinya.
Nabila adalah contoh gred A utamakan diri dan hati dahulu.
Boleh nampak daripada matanya yang bersinar.
Dia benar-benar mencintai dirinya sendiri dan tidak berkompromi apabila melibatkan kebahagiannya.
Biarlah orang nak kata apa.
Nikah 15 kali pun kalau tak bahagia dan tak serasi apa gunanya.
Ada orang bercinta, kahwin berbelas tahun dan akhirnya merana. Lagi kesian.
Dia berani untuk bahagia.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan kakak kepada selebriti Neelofa itu sebagai wanita yang stabil daripada segi kewangan. Selain itu, warganet turut menjadikan Nabila sebagai idola buat golongan ibu tunggal.
Sumber: Threads @normikahar
The post Individu Kagum Dengan Noor Nabila, Sentiasa Utamakan Hati Sendiri – ‘Dia Tak Berkompromi Untuk Kebahagiaan’ first appeared on OHBULAN!.





