28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mesyuarat cabang PKR Puchong kecoh, ketua kata ‘tak ada isu’

    Shopee Sale

    Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) PKR cabang Puchong yang berlangsung semalam dilaporkan kecoh sehingga mencetuskan tuntutan daripada pimpinan akar umbi agar mesyuarat semula diadakan segera.

    Kekecohan tersebut, yang kini rakamannya tular di media sosial, dipercayai berpunca daripada pertelingkahan mengenai pengundian wakil cabang ke Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di Melaka, Jun ini.

    Susulan insiden itu, Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Puchong, Parithi Vaanan Ramasamy, mengemukakan permohonan rasmi kepada Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh untuk membatalkan keputusan mesyuarat tersebut.

    Dalam surat yang dilihat oleh media, Parithi mendakwa mesyuarat pada 19 April itu berlangsung dalam keadaan tidak teratur dan mencabuli prinsip demokrasi parti.

    "Mesyuarat telah ditangguhkan secara tergesa-gesa tanpa persetujuan majoriti anggota yang hadir.

    "Terdapat dakwaan bahawa agenda mesyuarat telah disusun lebih awal secara terancang, termasuk penetapan pengerusi tetap, pencadang dan penyokong dengan skrip yang telah disediakan.

    MENARIK:  Boleh kita bincang nanti - Najib jawab RM27juta masuk akaunnya

    "Keadaan ini menunjukkan bahawa mesyuarat tidak berlangsung dalam semangat demokrasi sebenar. Maka, kami minta pucuk pimpinan agar mengadakan semula mesyuarat," katanya kepada Malaysiakini.

    Malaysiakini telah menghubungi Fuziah untuk mendapatkan komen.

    Bagaimanapun, Ketua PKR Cabang Puchong, Zaihasri Jaafar, menyangkal dakwaan berlaku kepincangan besar dalam mesyuarat tersebut.

    Ketika dihubungi, Zaihasri menyifatkan insiden yang berlaku hanyalah "kecoh kecil" yang biasa berlaku dalam proses demokrasi parti dan menegaskan bahawa perjalanan mesyuarat secara keseluruhannya adalah lancar.

    "Nothing big (tiada apa yang besar). Mesyuarat berjalan lancar dan tidak ada isu," katanya ringkas katanya kepada Malaysiakini.

    Isu di cabang Puchong ini menarik perhatian ramai memandangkan cabang tersebut sebelum ini pernah terkait dengan fenomena "kepala tanpa badan" sewaktu pengundian parti pada Mei lalu- istilah yang merujuk kepada undi yang tidak selari antara jawatan utama dan jawatan jawatankuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah