31 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 20 kapal lalui Selat Hormuz pada Sabtu

    Shopee Sale

    Lebih 20 kapal melalui Selat Hormuz pada Sabtu, menurut data daripada firma penganalisis perkapalan Kpler, yang merupakan jumlah tertinggi kapal merentasi laluan air itu sejak 1 Mac.

    Menurut laporan Reuters, antara kapal yang berjaya melalui Selat Hormuz pada Sabtu, lima daripadanya kali terakhir membawa muatan dari Iran merangkumi produk minyak sehingga logam. Tiga daripadanya adalah kapal pembawa gas petroleum cecair dengan masing-masing satu menuju ke China dan India.

    Kapal tangki berbendera Panama, Crave, yang membawa LPG dari Emiriah Arab Bersatu, sedang menuju ke Indonesia.

    Dua daripada tiga kapal tangki — Akti A dan Athina — yang membawa produk bertapis yang dimuatkan dari Bahrain sedang menuju ke Mozambique dan Thailand.

    MENARIK:  PGA gempur sindiket balak haram di Kelantan

    Kapal tangki berbendera Liberia, Navig8 Macallister, sedang menghantar kira-kira 500,000 tong nafta UAE ke Ulsan di Korea Selatan.

    Kapal pengangkut minyak mentah sangat besar berbendera Liberia, FPMC C Lord, membawa kira-kira 2 juta tong minyak mentah Arab Saudi dan menuju ke pelabuhan Mailiao di Taiwan.

    Kapal berbendera India, Desh Garima, yang dimuatkan dengan kira-kira 780,000 tong minyak mentah dari UAE sedang menuju ke Sri Lanka.

    Kapal Ruby yang membawa baja Qatar spula edang menuju ke UAE.

    Kapal tangki Merry M membawa petroleum yang dimuatkan dari Arab Saudi sedang menuju ke Ravenna di Itali.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah