26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sara: Lebih 2.9 juta rakyat berberlanja RM192.4 juta

    Shopee Sale

    Lebih 2.9 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dalam tempoh tiga hari lalu dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM192.4 juta di seluruh negara.

    Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan hari ketiga pelaksanaan Penghargaan Sara mencatat jumlah transaksi tertinggi setakat ini dengan lebih 1.1 juta transaksi berjaya disempurnakan semalam.

    “Ini melibatkan nilai jualan sebanyak RM75.3 juta setakat 10.30 malam berbanding RM50 juta pada 31 Ogos lalu.

    “Pada masa yang sama, kadar transaksi yang berjaya juga meningkat kepada 95 peratus pada hari ini (semalam) berbanding 79 peratus pada 31 Ogos.

    “Peningkatan jumlah transaksi sejak 31 Ogos lalu menyebabkan sistem MyKasih berdepan pencanakan trafik yang mencecah lebih 2,000 transaksi diluluskan seminit berbanding rekod April iaitu sekitar 540 transaksi seminit,” katanya.

    MENARIK:  Kritik pemilihan U Mobile - PKR heret Hassan Karim ke lembaga disiplin

    MOF memaklumkan ia merupakan peningkatan hampir empat kali ganda berbanding kapasiti puncak sebelum ini.

    Bagi meningkatkan kelancaran sistem, kata MOF, kapasiti pemprosesan telah dipertingkat daripada 5,000 kepada 15,000 kuiri seminit.

    “Satu transaksi lazimnya melibatkan beberapa permintaan sistem termasuk imbasan MyKad, bacaan barangan dan pengesahan akhir. Peningkatan ini dijangka akan mempercepat proses transaksi dan meningkatkan keselesaan pengguna.

    “MOF menghargai sambutan menggalakkan daripada para penerima. Maklum balas orang ramai akan terus menjadi rujukan penting dalam usaha menambah baik sistem agar lebih cekap dan mesra pengguna,” menurut kenyataan itu.

    Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan Sara kekal sah hingga 31 Dis depan dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah