27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kritik pemilihan U Mobile – PKR heret Hassan Karim ke lembaga disiplin

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Pasir Gudang sedang berdepan dengan jawatankuasa tatatertib PKR susulan kritikannya terhadap kerajaan baru-baru ini.

    Malaysiakini difahamkan ahli parlimen lantang PKR itu diheret ke jawatankuasa itu kerana mengkritik keputusan kerajaan dalam pelantikan syarikat U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. 

    Menurut sumber, Hassan akan disiasat berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong yang memiliki saham kedua terbesar dalam U Mobile di samping mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

    Kata sumber itu, PKR beranggapan Hassan merosakkan imej parti apabila membuat kenyataan kritikal secara terbuka itu.

    Ketika dihubungi, Hassan mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

    MENARIK:  Isu peruntukan Muar: AG bantah Syed Saddiq mohon kebenaran semakan kehakiman

    "Memang benar," katanya dalam mesej teks ringkas.

    "Lebih baik dapatkan butiran daripada lembaga disiplin. Siasatan akan bermula tidak lama lagi. Saya sekarang di ibu pejabat PKR di PJ," kata Hassan ketika ditanya butiran lanjut.

    Malaysiakini telah menghubungi pengerusi lembaga disiplin PKR, Tan Yee Kew untuk mendapatkan ulasan.

    Berikut ulasan Hassan yang sebelum ini disiarkan oleh Malaysiakini dengan judul Rangkaian kedua 5G dan munculnya lagi kapitalis kroni.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah