25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat badai Sabah hingga 4 petang

    Shopee Sale

    Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda banyak kawasan di Sabah sehingga jam 4 petang ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 11.40 pagi ini memaklumkan kawasan yang diramal terlibat ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat.

    MENARIK:  KATA MP | Perdana menteri kesembilan yang luar biasa

    MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

    Amaran ribut petir oleh MetMalaysia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk setiap keluaran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah