26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan isu 3R

    Shopee Sale

    Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di Kelantan hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

    Ketibaan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 8.43 pagi, diiringi beberapa pemimpin tertinggi PN antaranya Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

    Sementara itu, sistem e-Filing Mahkamah Persekutuan Malaysia memaklumkan sesi pendengaran kes berkenaan bermula pada 9 pagi ini di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

    Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Muhyiddin akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas pihaknya menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara (AGC).

    MENARIK:  Keputusan rujuk Hajiji hina mahkamah dipindah 26 Nov

    Sebelum ini, tular melalui media sosial ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah