Menonton pelawanan sukan di stadium bukan sekadar tentang aksi di atas padang, tetapi pengalaman menikmati makanan-makanan ikonik yang dijual turut menjadi sebahagian daripada momen penyokong-penyokong di seluruh dunia.
Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Geli Hati Bantu Jep Hantar DM Untuk Cristiano Ronaldo – ‘Saya Tahu Awak Sibuk, Balas Mesej Ini Selepas Menang’
Makanan yang wajib dibeli

Setiap negara memiliki makanan dan snek tersendiri yang menjadi pilihan pengunjung semasa menyaksikan perlawanan. Berikut merupakan antara makanan-makanan yang popular dan sering menjadi pilihan ramai.
Hot Dog (Amerika Syarikat)

Hot Dog merupakan makanan paling sinonim dengan stadium sukan di Amerika Syarikat. Makanan ini boleh didapatkan hampir di semua acara sukan dan menjadi antara makanan wajib dibeli selama lebih satu abad.
Roti lembut bersama sosej panas dan sos, semestinya menjadi pilihan kerana mudah di makan ketika menonton perlawanan.
Currywurst (Jerman)

Currywurst merupakan makanan dari negara Jerman yang turut menjadi kegemaran pengunjung di stadium.
Makanan ini adalah sosej yang dikukus, digoreng dan dipotong kecil kemudian dihidangkan bersama sos tomato dengan sedikit rasa pedas dan rempah kari.
Belgian Fries (Belgium)

Istimewanya kentang goreng ini, ia sering kali dimakan bersama mayonis khas dari negara Belgium dan turut menjadi makanan yang wajib dibeli ketika menonton perlawanan bola sepak.
Penggunaan sejenis kentang yang khusus untuk makanan ini dan teknik menggoreng sebanyak dua kali menjadikan kentang goreng tersebut bukan sekadar makanan ringkas tetapi hidangan yang mempunyai nilai tersendiri.
Paling menarik, kentang goreng ini turut disaluti dengan secubit garam dan dihidangkan di dalam kon kertas.
Poutine (Kanada)

Poutine merupakan antara makanan klasik dari Kanada dan mempunyai peminat tersendiri terutama ketika mereka berada di stadium.
Difahamkan hidangan ini berasal dari wilayah Quebec iaitu hidangan kentang goreng ditaburi cheese curds bersama gravy (kuah) pekat.
Nachos (Mexico)

Nachos adalah kepingan tortila yang dimakan bersama sos keju cair, salsa, daging cincang, krim masam, guacamole atau pelbagai lagi topping lain yang sangat terkenal di negara Mexico.
Snek ini mudah dimakan, rangup dan enak dinakmati ketika menonton apa sahaja perlawanan di stadium.
Kuaci (Rusia)

Kuaci merupakan salah satu snek wajib dibeli ketika menonton perlawan sukan di Rusia. Snek kecil ini sangat popular dalam kalangan penonton bola sepak kerana ia mudah dimakan sambil menikmati aksi di padang.
Dengan rasa yang ringkas dan harga yang murah, kuaci menjadi teman setia peminat sukan.
Ayam Goreng (Korea Selatan)

Kira-kira tiga perempat penonton di Korea Selatan memilih ayam goreng sebagai makanan ketika menyaksikan perlawanan sukan di stadium.
Berbeza dengan ayam goreng di negara-negara Barat, ayam goreng di Korea mempunyai tekstur yang lebih ringan dan rangup hasil teknik menggoreng sebanyak dua kali.
Ayam goreng dari negara ini juga kebiasaannya akan disalut dengan sos, yang memberikan gabungan rasa manis, pedas dan berperisa.
Burger (Malaysia)

Di Malaysia pula, antara makanan yang popular di stadium adalah burger terutama ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak tempatan.
Makanan ini dijual di sekitar kawasan stadium dan menjadi pilihan ramai kerana harganya berpatutan, mudah dimakan dan mengenyangkan.
Sumber: The Culture Trip, Malaysian Foodie
The post Stadium Tak Lengkap Tanpa Makanan, Ini Snek Kegemaran Penyokong Sukan Seluruh Dunia first appeared on OHBULAN!.





