Personaliti media sosial, Fatin Nabila berkongsi kriteria utama yang membuatkan hatinya terbuka dan yakin untuk menerima Shahrul sebagai teman hidupnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fatin Nabila Kembali Bergelar Isteri, Kongsi Detik Awal Pengenalan – ‘Doa Saya Di Hajarul Aswad Dimakbulkan’
Artikel Berkaitan: ‘Terima Lafaz Perceraian Pada Malam 1 Januari 2025’ – Fatin Nabila
Lelaki beriman
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nabila Ahmad Zainuddin mendedahkan dia sangat menitikberatkan soal agama dalam memilih pasangan.
Kata Fatin, dia telah menetapkan satu pendirian yang jelas kepada Shahrul ketika perkenalan mereka.
Saya ada bercakap dengan Shahrul berkenaan dengan satu kenyataan ini sebelum saya buat keputusan untuk berkahwin dengannya.
Saya ada cakap yang saya perlukan seorang (lelaki) yang beriman. Sebab iman ni merupakan asas kepada semua perkara.
Tambah Fatin, dia mendambakan seorang ketua keluarga yang mampu menjaga hubungan dengan Allah SWT melalui solat.
Jelasnya, momen pada bulan Ramadan membuka matanya terhadap keperibadian sebenar Shahrul.
Saya perlukan seorang suami yang boleh mendirikan solat dengan baik.
Ketika itu pada bulan Ramadan, saya tidak menyangka boleh konsisten dengan Shahrul solat terawih 20 rakaat dekat masjid negara.
Daripada situ membuatkan saya nampak self control Shahrul sangat tinggi. Cara dia tahan marah dan buat sesuatu itu sangat besar buat saya.
Sekadar makluman, Fatin dan Shahrul selamat mendirikan rumah tangga mereka pada Ahad dalam sebuah majlis yang sederhana namun penuh indah.
Sebelum ini, pada malam 1 Januari 2025, Fatin memaklumkan bahawa dia telah menerima lafaz cerai daripada bekas suami.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Fatin Nabila Dedah Sebab Yakin Pilih Shahrul Sebagai Suami – ‘Tak Sangka Dia Konsisten Solat Terawih 20 Rakaat’ first appeared on OHBULAN!.



Congratulations, Fatin Nabila & Shahrul.

