29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terkait Insiden Keganasan Pembantu Rumah, Fattah Amin Serah Kes Kepada Pihak Polis

    Shopee Sale

    Pelakon, Fattah Amin menegaskan tindakan pihaknya mengeluarkan kenyataan menerusi peguam berhubung insiden keganasan fizikal terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tular di media sosial baru-baru ini adalah bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Beri Gift Ketika Live Amira Othman, Netizen Puji Sokongan Konsisten – ‘Dari Zaman Rakan Sekerja …’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Akui Fasa Akhir Kehamilan Mencabar – ‘Nak Tidur Susah, Duduk..Bangun Tak Kena’  

    Elak salah faham

    Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Abdul Amin, 35, berkata, dia tidak menyangka isu berkenaan akan menjadi tular sehingga mengundang pelbagai spekulasi dan tanggapan kurang tepat orang ramai.

    Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan menerusi firma guaman hanyalah bertujuan memberi penjelasan serta memperbetulkan kekeliruan yang timbul.

    Saya tak sangka isu itu akan viral dalam media sosial. Tujuan kenyataan itu dikeluarkan adalah untuk mengelakkan salah faham.

    Ada segelintir pihak yang kurang jelas dengan apa yang berlaku. Disebabkan itu, kenyataan tersebut dibuat sebagai satu bentuk klarifikasi.

    Fattah berkata demikian ketika ditemui pada acara Allstars Picklebash 2.0 yang berlangsung di Pickle Social Club, Damansara, pada Khamis.

    MENARIK:  ‘Saya Sudah Menjangka Akan Ada Maklum Balas Bercampur’ – Firdaus Karim Tak Kecil Hati Imej Dikritik

    Mengulas lanjut, pelakon filem Mat Kilau: Darah Indera Gajah itu memilih untuk tidak memperincikan perkara tersebut kerana kes berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis dan peguam.

    Pihak saya tidak mahu mengulas lebih-lebih lagi mengenai isu itu. Kes tersebut telah diserahkan kepada pihak polis dan peguam.

    Terdahulu, Fattah bersama isterinya, Amira Othman, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan insiden keganasan fizikal terhadap seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tular di media sosial.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh firma guaman Arief & Iskandar Advocates & Solicitors, pasangan itu menegaskan mereka bukan individu yang dipaparkan dalam video berdurasi tiga minit 29 saat yang menjadi perbualan ramai.

    Malah, mereka turut menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian yang diperkatakan serta menyifatkan tuduhan yang dilemparkan sebagai tidak berasas.

    The post Terkait Insiden Keganasan Pembantu Rumah, Fattah Amin Serah Kes Kepada Pihak Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah