29 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Handal Betul Pengacara Piala Dunia Ini..Bukan Calang-Calang’ – Netizen Puji Ninie Ibrahim 

    Shopee Sale

    Seorang pengacara sukan yang kenali sebagai Ninie Ibrahim, mencuri perhatian semasa mengendalikan program sempena kejohanan bola sepak antarabangsa, Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup

    Artikel Berkaitan: Sari Yanti Geli Hati Bantu Jep Hantar DM Untuk Cristiano Ronaldo – ‘Saya Tahu Awak Sibuk, Balas Mesej Ini Selepas Menang’

    Pengacara wanita

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, seorang penonton memuji cara penyampaian Ninie sebagai hos bagi program tersebut yang sebelum ini dilihat sering dikendalikan oleh pengacara lelaki.

    Handal betul pengacara Piala Dunia RTM ini.

    Sukan bola yang selalunya didominasi oleh lelaki, begitu tenang dikepalai wanita.

    Tambah individu itu lagi, bukan mudah untuk seseorang menguasai pengetahuan tentang bola sepak dan pastinya Ninie telah melakukan persiapan rapi sebelum menggalas tugasnya.

    Saya begitu yakin, persediaan sebelum ‘panjat’ meja pengerusi bola amat-amat menagih ketabahan dan konsistensi dalam kajian.

    Bukan calang-calang kalau tersilap langkah berkata-kata, boleh jadi pasal kena kecam.

    Kudos.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut kagum dengan Ninie, yang bukan sahaja berpengetahuan luas tentang bola sepak malah ulusan sukan yang pernah diberikan sebelum ini juga wajar menerima perhatian ramai.

    MENARIK:  Jefri Nichol Puji Lakonan Sharnaaz Ahmad Dalam Filem Blood Brothers: Bara Naga – ‘Nak Jadi Gengster Seperti Ghaz’

    Untuk info, Piala Dunia 2026 menyaksikan sebanyak 48 pasukan bersaing dalam 104 perlawanan dan kemuncak acara dijadualkan bakal berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.

    Kejohanan bola sepak paling berprestij itu dianjurkan tiga negara iaitu Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

    Sumber: Threads

    The post ‘Handal Betul Pengacara Piala Dunia Ini..Bukan Calang-Calang’ – Netizen Puji Ninie Ibrahim  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah