Kalau korang aktif di TikTok atau Instagram, mesti pernah nampak influencer berkongsi tentang Shopee Coins sejak kebelakangan ini.
Ada yang tunjuk cara mereka berjimat ketika checkout, ada juga yang kongsi tip mengumpul Coins dengan lebih cepat.
View this post on Instagram
Pada mulanya, ramai sangka ia sekadar ganjaran biasa tetapi selepas diteliti, rupanya ada sebab kenapa semakin ramai mula memberi perhatian kepada Shopee Coins.
Ini kerana ShopeePay kini membolehkan pengguna menebus sehingga 100% Shopee Coins semasa checkout (tertakluk kepada had 3,000 Coins), di samping menikmati Shopee Coins yang dijamin bagi setiap transaksi DuitNow QR.
Kenapa Shopee Coins tiba-tiba jadi perhatian ramai?
Sebelum ni, ramai pengguna hanya menganggap Shopee Coins sebagai ganjaran tambahan yang dikumpul sedikit demi sedikit.
Namun kini, Coins yang terkumpul boleh digunakan untuk mengurangkan atau mengimbangi jumlah bayaran semasa checkout.
#ShopeePayMY #SPayLater #RM1MillionDuitRaya #50%OffDailyDeals #FreeRoadTax ♬ original sound – HADYLUCK
Sebagai contoh, jika korang membuat pembelian bernilai RM20 dan mempunyai 2,000 Shopee Coins, Coins tersebut boleh digunakan untuk menampung keseluruhan nilai pembelian.
Dalam erti kata lain, korang berpeluang mendapatkan barangan secara percuma selepas membuat penebusan.

Tidak hairanlah ramai pengguna mula mencari cara untuk mengumpul lebih banyak Shopee Coins.
Imbas DuitNow QR, dapat Shopee Coins setiap transaksi

Berita baiknya, ShopeePay turut menawarkan ganjaran Shopee Coins untuk setiap transaksi DuitNow QR.
Caranya mudah. Hanya buka aplikasi ShopeePay, imbas mana-mana kod DuitNow QR dan buat pembayaran menggunakan ShopeePay atau SPayLater.
Selepas transaksi berjaya, pengguna berpeluang menerima sehingga 10,000 Shopee Coins.
Lebih menarik, pengguna yang membuat transaksi layak dari hari Jumaat hingga Ahad sehingga 28 Jun juga boleh menerima sehingga 100 Shopee Coins tambahan bagi setiap transaksi.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh merebut baucar SPayLater sehingga RM55 diskaun yang ditawarkan sepanjang hujung minggu.

Maksudnya, setiap kali korang membuat pembayaran harian menggunakan DuitNow QR, korang bukan sahaja menyelesaikan transaksi dengan mudah, malah berpeluang mengumpul lebih banyak Coins untuk digunakan pada masa akan datang.
Musim bola sepak pun boleh dapat Shopee Coins

Sempena musim bola sepak yang sedang hangat, ShopeePay turut memperkenalkan kempen ShopeePay Fiesta Bola.
Pengguna hanya perlu membuka tab ‘Fiesta Bola’ di aplikasi ShopeePay dan mengundi pasukan kegemaran mereka setiap hari untuk mengumpul mata ganjaran.
Mata tersebut kemudiannya boleh ditukar kepada Shopee Coins*, sekali gus memberi peluang kepada pengguna untuk berkongsi bahagian daripada 50 juta Shopee Coins yang ditawarkan sepanjang kempen berlangsung.
Bukan itu sahaja, 100 peserta dengan jumlah mata tertinggi juga akan memenangi hadiah bonus menarik seperti Samsung S26 Ultra, PS5 Pro dan Samsung Galaxy Watch 8.
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
Lagi berbaloi bila digabungkan dengan baucar

Selain mengumpul Shopee Coins, pengguna juga boleh memaksimumkan penjimatan dengan menggabungkan Coins bersama baucar yang tersedia dalam aplikasi.
Ketika ini, ShopeePay turut menawarkan Baucar Diskaun 50% Setiap Hari untuk pembelian DuitNow QR menggunakan SPayLater menerusi bahagian ‘Daily Deals’.
Jadi, kalau korang tertanya-tanya kenapa ramai influencer mula bercakap tentang Shopee Coins, inilah sebabnya.
Dengan peluang menebus sehingga 100% Coins semasa checkout serta pelbagai cara untuk mengumpulkannya, tidak hairanlah semakin ramai pengguna mula mengambil kesempatan terhadap ganjaran ini.
Jadi, tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi ShopeePay di sini.
The post Asyik Nampak Influencer Kongsi Shopee Coins? Rupanya Sekarang Boleh Tebus Sampai 100% Masa Checkout first appeared on OHBULAN!.





