32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Mereka Kata Terlalu Muda Kahwin & Jadi Ibu..Tapi Inilah Impian Yang Saya Doakan Dalam Diam’ – Syasya Rizal

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal berkongsi luahan tentang persepsi segelintir individu berkenaan dirinya yang memilih untuk bergelar isteri dan ibu pada usia muda.

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Menangis Tanpa Suara, Muka Bertukar Kebiruan – Syasya Rizal Kongsi Anak Diserang ‘Breath Holding Spell’

    MENARIK:  [VIDEO] Janna Nick Berterima Kasih Pada Individu Sekolahkan Netizen ‘Kepochi’ Soal Anak – ‘Awak Buat Saya Gelak’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Secara Normal, Tiada Koyak & Epidural’

    Luahan Syasya

    " data-video-id="7651961043169725704" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @syasya.rzl

    Nampak biasa dan tak semewah dulu pada mata orang lain, tak mengapa. Asalkan ia luar biasa untuk hati saya, insyallah amin 🤍✨

    ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

    Menerusi hantaran di TikTok, Syasya atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 25, berkata, ramai yang beranggapan pada usia 20-an dia seharusnya menumpukan pada diri sendiri dan menikmati kehidupan terlebih dahulu.

    Mereka kata saya bazirkan masa ketika usia 20-an, terlalu muda untuk berkahwin dan terlalu muda untuk menjadi seorang ibu.

    Katanya umur macam ini sepatutnya bebas, melancong jauh-jauh dan kejar dunia.

    Bagaimanapun, bagi Syasya dia mempunyai definisi kebahagiaan yang berbeza dan ternyata menjadi seorang isteri serta ibu adalah impiannya.

    Tapi mereka tak tahu, dunia yang saya kejar selama ini sedang berjalan dengan saya.

    Bagi orang lain, mungkin ini pengorbananan tapi bagi saya, inilah impian yang saya doakan dalam diam.

    Tambah Syasya, dia tidak mengambil pusing dengan tanggapan orang, sebaliknya menghargai apa yang dimiliki ketika ini.

    Nampak biasa dan tak semewah dulu pada mata orang lain, tak mengapa.

    Asalkan ia luar biasa untuk hati saya, InsyaAllah.

    Sekadar info, Syasya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nasrullah pada 20 April 2024.  Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Mereka Kata Terlalu Muda Kahwin & Jadi Ibu..Tapi Inilah Impian Yang Saya Doakan Dalam Diam’ – Syasya Rizal first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah