Pengacara, Nadia Annuar mempersoalkan alasan yang diberikan pempengaruh media sosial, Bob T20, yang mendakwa terlalu sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bob T20 Dedah Pernah Jadi Playboy, Ramai Artis & Influencer Wanita DM – ‘Tak Nak Reveal Siapa’
Artikel Berkaitan: ‘Boleh Tak Jadi Ibu Bapa Yang Rasional Walaupun Dah Berpisah? Fikir Kebajikan Anak Sahaja Cukup’ – Nadia Annuar
Pengurusan masa yang teruk

Menerusi satu ciapan di Threads, pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar, 42, berpandangan bahawa sekiranya Bob T20 benar-benar berada dalam kategori berpendapatan tinggi, dia sepatutnya tidak lagi menjadi hamba kepada wang.
Sebaliknya, golongan berpendapatan tinggi seharusnya menikmati lebih banyak kebebasan untuk mengurus masa dan kehidupan dengan lebih seimbang.
Mushkil sedikit, kalau betul dia T20, patutnya bukan jadi hamba duit dah.
Maksudnya dah relax, boleh pergi gym dan buang lemak-lemak tu semua.
Tapi kalau dia masih kena kerja sampai tak ada masa nak buat benda lain, maksudnya dia B40 atau M40?
Tapi B40 atau M40 pun tau priorities.
Dalam pada itu, Nadia menyifatkan isu yang dibangkitkan Bob lebih berkait dengan aspek pengurusan masa dan keutamaan hidup.
Time management dia teruk ni.
Ada masa makan, mandi dan berak.
Tak akan tak ada masa pergi gym 30minit?
Lagi-lagi kalau betul kaya, gym pun boleh ada dalam rumah.
Kereta Lamborghini real pun jadi miniature sebelah.
Sumber: Threads
The post ‘Kalau Bob Betul T20 Patutnya Bukan Jadi Hamba Duit, Gym Pun Boleh Ada Dalam Rumah’ – Nadia Annuar first appeared on OHBULAN!.





