31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Raja Atiq Dedah Sikap Selektif Rakan Sekerja Di Set Penggambaran – ‘Tak Serasi Dengan Imej Yang Kau Bawa’

    Shopee Sale

    Pelakon Raja Atiq mendakwa terdapat seorang rakan sekerjanya yang juga dipercayai seorang pelakon bersikap memilih kawan ketika berada di set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Memang Nak Jadi Provider, Cuma Setakat Mana Dia Mampu Saja’ – Raja Atiq

    Artikel Berkaitan: Raja Atiq Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Syarikat Terkenal – ‘Macam Ini Juga Artis Lain Kena?’

    Memilih kawan

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 26, menegaskan tujuannya hadir di set penggambaran untuk melaksanakan tuntutan kerja.

    Dakwa Atiq, imej yang ditampilkan pelakon tersebut dilihat tidak selari dengan sikapnya yang dikatakan selektif dalam memilih rakan.

    Aku bukan nak menilai. Aku datang set untuk datang bekerja. Bukan nak melayan ego sesiapa.

    Tapi orang ini datang, aku tak tahu lah mungkin ada perasaan yang dia star, ada peminat dan pengikut yang ramai.

    Sikap kau tak serasi langsung dengan imej yang kau bawa.

    Bila jadi orang yang selektif, memilih dalam berkawan, muka mereka automatik akan berubah.

    Bila dia borak dengan kawan lain, muka dia bahagia tapi bila aku datang tegur, muka dia berubah. Apa salah yang aku buat dekat kau?

    Dalam pada itu, Atiq berpendapat sikap sebegitu berpotensi menjejaskan kerjaya pelakon tersebut sekiranya diketahui oleh lebih ramai orang.

    Bertenang lah ya, kita bekerja di tempat yang sama.

    Perkara ini aku yang nampak, kalau orang lain nampak, cepat atau lambat saja.

    Sumber: Threads @therajaatiqullah

    MENARIK:  Budak 4 Tahun Dipaksa Makan Cili Sampai Mati, Bapa Dipenjara 8 Bulan

    The post [VIDEO] Raja Atiq Dedah Sikap Selektif Rakan Sekerja Di Set Penggambaran – ‘Tak Serasi Dengan Imej Yang Kau Bawa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah