29.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Istilah kafir: ‘Pandangan mufti WP dapat harmonikan keadaan’

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah berhubung isu penggunaan perkataan kafir.

    Tanpa mengulas panjang, Mohd Na'im berkata pandangan Luqman boleh meredakan perdebatan mengenainya.

    "Saya rasa yang sahibus samahah Datuk Dr Luqman telah keluarkan padangan yang agak harmoni.

    "Saya rasa kita berpegang kepada pandangan yang mufti Wilayah Persekutuan untuk kita harmonikan keadaan semasa," katanya dalam sidang media pengumuman agihan hibah Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur, hari ini.

    Terdahulu, kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang didakwa "mengharamkan" penggunaan kalimah kafir di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya tular di media sosial, menyebabkan dia dikecam sejumlah pihak.

    Dia memohon maaf dan pada masa sama berkata klip video pendeknya berkenaan perkara itu diambil di luar konteks sebenar dan menyimpang daripada apa yang dimaksudkannya.

    Fadhlina juga menjelaskan dia tidak melarang penggunaan perkataan yang memang ada dalam al-Quran, sebaliknya ia lebih kepada pengundian panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian.

    Semalam, Luqman berkata tidak adil untuk mana-mana pihak menghukum Fadhlina tanpa melihat kepada konteks keseluruhan ucapannya.

    Luqman Abdullah

    Dia juga berkata perkataan kafir memang digunakan dalam al-Quran dan hadis namun penggunaannya dalam konteks interaksi bersama orang bukan Islam boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan, tempat dan situasi agar ia lebih harmoni.

    MENARIK:  Wakil PN mahu askar Tugu Negara tak berhidung mancung, saiz pendek

    Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin pula berbeza dengan Luqman, dengan berkata Fadhlina tidak perlu membangkitkan isu berkenaan kerana di Malaysia, masyarakat Islam memang tidak memanggil golongan bukan Islam dengan gelaran "kafir".

    Dia berkata istilah itu digunakan bagi merujuk perbezaan akidah, bukan sebagai panggilan.

    "Jika ada yang memanggil secara berhadapan ‘hai kafir!’ itu tersasar dari yang asal dan sangat sukar berlaku melainkan dalam konteks pergaduhan atau hilang pertimbangan.

    "Tiada siapapun dalam negara ini menyuruh memanggil mereka yang berlainan agama ‘hai kafir’ ketika bergaul dan berdialog. Tidak perlu sesiapa pun menimbulkan isu dalam perkara ini," kata Mohd Asri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah