30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan lebat, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat

    Shopee Sale

    Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyaksikan beberapa kawasan di sekitar lembah Klang, termasuk ibu negara serta Selangor mengalami banjir kilat.

    Beberapa kejadian tanah runtuh juga dilaporkan di Melawati. Menurut Jabatan Bomba Selangor, limpahan air sungai yang berdekatan telah masuk ke kawasan perumahan.

    Kejadian dilaporkan turut melibatkan 10 kereta yang terkandas dalam banjir.

    “Paras air dianggarkan satu kaki dan tidak melibatkan mangsa,” kata laporan awal jabatan itu.

    Sementara itu, seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Aji Yusop melaporkan sebuah tabika kemas di Kampung Klang Gate, Gombak dinaiki air.

    Dia juga memaparkan video murid-murid yang terpaksa memanjat meja untuk mengelakkan diri mereka daripada ditenggelami.

    "Ya Allah tolong sesiapa yang berhampiran Sekolah Tabika Kemas Kampung Klang Gate, Gombak. Cikgu & anak-anak terperanangkap.

    “Mohon bantuan segera. Semoga anak-anak dan cikgu-cikgu selamat semuanya dan dipermudahkan segala urusan," tulisnya.

    Sementara itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Integrated Transport Information System (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan hantaran di media sosial oleh orang awam, menunjukkan beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air.

    MENARIK:  PM arah bantu dua anggota trafik cedera ketika iringi delegasi Asean

    Ini menyaksikan aliran trafik terganggu teruk, pagi tadi. Antaranya, membabitkan di Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman, Jalan Perak dan Lebuhraya Sultan Iskandar.

    Bernama pula melaporkan bahawa tinjauannya mendapati laluan masuk ke Wisma Bernama dari arah Jalan Tun Razak turut dinaiki air dan kedengaran sistem penggera keselamatan di Sungai Bunus menandakan paras bahaya.

    Sementara itu laman X Smart Expressway memaklumkan bahawa Terowong Smart ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna dan operasi banjir sedang dijalankan.

    “Pengguna Terowong Smart dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas,” menurut hantaran itu.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah