30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    REDLINE Fitness Games By Prudential Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 25 & 26 Julai Ini

    Shopee Sale

    Acara perlumbaan kecergasan fungsian, REDLINE Fitness Games, bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Julai 2026 menerusi penganjuran REDLINE Fitness Games by Prudential.

    REDLINE Fitness Games By Prudential

    Buat julung kalinya, Prudential Assurance Malaysia Berhad menyertai acara itu sebagai rakan rasmi menerusi kerjasama bertemakan ‘Standing Strong with REDLINE by Prudential’, yang menampilkan semangat ketahanan, keazaman dan keberanian untuk terus mencabar diri.

    Penganjuran di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) itu dijangka menarik lebih 8,000 peserta dan sekitar 6,000 penonton sepanjang dua hari acara berlangsung.

    Sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur pada 2023, REDLINE berkembang menjadi antara acara perlumbaan kecergasan yang semakin mendapat sambutan di Asia Tenggara. 

    Perlumbaan ini menggabungkan cabaran daya tahan, kekuatan, kuasa dan pergerakan menerusi format yang sesuai untuk semua tahap kecergasan, daripada peserta kali pertama hinggalah atlet berpengalaman.

    Selain menjadi platform menguji kemampuan fizikal, REDLINE turut memupuk semangat komuniti dengan menghimpunkan peserta, pasukan, gimnasium dan penyokong dalam suasana yang saling memberi inspirasi serta sokongan.

    Ajak orang ramai aktif

    Menurut Pengurus Besar REDLINE Fitness Games, Melanie Tan, acara tersebut bukan sekadar menguji kekuatan fizikal, malah memberi peluang kepada setiap individu untuk mencabar had kemampuan diri.

    REDLINE ialah tempat di mana ketahanan benar-benar diuji. Di seluruh arena, para peserta dicabar untuk terus berjuang, kekal tabah dan melangkaui apa yang mereka sangkakan mampu dicapai. 

    Bersama Prudential, kami ingin meraikan kekuatan yang diperlukan untuk tampil mencabar diri, tanpa mengira latar belakang, tahap kecergasan mahupun perjalanan peribadi masing-masing.

    Kerjasama ini bertujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk terus teguh, terus mara ke hadapan dan menemui REDLINE mereka sendiri.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Pelanggan, Pemasaran & Produk Prudential Assurance Malaysia Berhad, Chee Foong Wai, berkata kerjasama tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam menggalakkan masyarakat membina ketahanan bukan sahaja dari aspek fizikal, malah dalam menghadapi cabaran kehidupan.

    Di Prudential, ketahanan bukan sekadar mengenai kekuatan fizikal. Ia juga tentang bersedia menghadapi cabaran hidup yang paling sukar.

    REDLINE by Prudential menghidupkan semangat ini melalui cabaran fizikal dan komuniti, namun yang lebih penting, ia mencerminkan komitmen kami dalam membantu pelanggan membina masa depan yang lebih berdaya tahan. 

    Melalui kerjasama ini, kami mahu menggalakkan lebih ramai orang bukan sahaja kekal aktif, tetapi juga terus teguh dan bersedia menghadapi apa jua cabaran kehidupan.

    Edisi 2026 turut menandakan langkah baharu REDLINE dalam memperluaskan jenamanya ke peringkat serantau, dengan penganjuran acara yang turut dijadualkan berlangsung di Bangkok, Ho Chi Minh City dan Singapura.

    MENARIK:  Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’

    Orang ramai yang berminat menyertai REDLINE Fitness Games by Prudential, Kuala Lumpur 2026 boleh mendapatkan tiket menerusi laman web rasmi REDLINE Fitness Games

    The post REDLINE Fitness Games By Prudential Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 25 & 26 Julai Ini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah