Pernah tak korang berada dalam situasi yang memang tak dijangka? Baru seminggu lepas gaji masuk, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin peti ais dekat rumah tiba-tiba buat hal masa tengah banyak komitmen nak kena settle.
Pastinya dalam situasi ni, apa yang kita fikir ialah macam mana nak cari duit. Kadang tu, dah ada cara nak dapatkan duit tapi proses menunggu lama dan memenatkan
Isi borang banyak-banyak. Lepastu kena tunggu approval berhari-hari. Ada yang sampai kena ambil cuti semata mata nak urus dokumen dan berulang ke bank.
Masalahnya, hidup sebenar tak tunggu ‘5 hingga 10 hari bekerja’.
Ramai mula cari sistem yang pantas
Sebab tu sekarang ramai mula persoalkan semula sistem lama yang terlalu lambat dan rigid, terutama bila melibatkan situasi kecemasan dan keperluan mendesak.
GXBank percaya bahawa akses kepada penyelesaian kewangan sepatutnya lebih mudah, pantas dan selari dengan cara hidup rakyat Malaysia hari ini.
Dengan dunia yang semakin digital, ramai mahukan pengalaman perbankan yang tidak lagi dibebankan dengan proses rumit, dokumen berlebihan dan tempoh menunggu yang panjang.
Atas sebab itu, GXBank melancarkan kempen ‘Challenge The System’ atau ‘Gegar Sistem’, yang mengajak rakyat Malaysia mempersoalkan norma lama dan membuka ruang kepada sistem kewangan yang lebih moden, fleksibel dan mesra pengguna.
Selari dengan semangat tersebut, GXBank tampil dengan pendekatan berbeza menerusi GX FlexiCredit yang direka khas untuk bantu rakyat Malaysia mengurus aliran tunai dengan lebih fleksibel dan pantas.
Bukan sekadar pinjaman biasa, GX FlexiCredit lebih kepada standby backup yang boleh korang aktifkan awal dan guna bila perlu sahaja.
Apa yang menarik, semuanya dibuat secara 100 peratus digital. Dari proses permohonan hinggalah approval, semuanya dalam beberapa minit dan boleh dilakukan terus melalui aplikasi tanpa perlu beratur.
Approval hanya dalam beberapa minit
Malah, GX FlexiCredit turut menggunakan pendekatan lebih moden dengan hanya memerlukan penyata digital KWSP untuk proses semakan pendapatan, tanpa perlu sebarang dokumen atau kertas kerja fizikal, jadi pengguna tak lagi terlalu bergantung kepada slip gaji tradisional semata mata.
Bukan itu sahaja, approval boleh diperoleh dalam beberapa minit sahaja dan pengguna berpeluang mendapat had kredit sehingga RM150,000, tertakluk kepada kelayakan.
Kalau tiba-tiba perlukan duit untuk repair kereta, kos rawatan atau renovate rumah yang terlebih bajet, korang boleh terus buat drawdown ikut jumlah yang diperlukan, walaupun serendah RM500 sahaja.

Tak perlu keluarkan semua sekaligus. Nak guna sedikit dulu pun boleh dan korang juga boleh buat multiple drawdown bila perlu. Fleksibel ikut situasi hidup sebenar rakyat Malaysia sekarang.
Data yang dikongsikan GXBank menunjukkan sambutan terhadap GX FlexiCredit semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Setakat ini, lebih 400,000 drawdown telah dilakukan oleh pengguna, dengan antara kegunaan paling popular termasuk untuk kecemasan, menampung jurang perbelanjaan bulanan serta pembelian berskala besar.
Menariknya, sekitar 50 peratus pemohon pinjaman GX FlexiCredit terdiri daripada golongan yang sebelum ini kurang mendapat akses kepada kemudahan kredit tradisional.
Ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia kini memilih penyelesaian kewangan yang lebih fleksibel, mudah diakses dan selari dengan keperluan hidup moden.
(Data daripada GXBank Customer Data, Q1, 2026) dan (Data daripada GXBank Customer Impact Survey, Q3, 2025).
Sesuai untuk gaya hidup moden yang serba pantas

Pilihan tempoh bayaran balik pun lebih fleksibel, dari 6 hingga 60 bulan, malah tiada caj penyelesaian awal jika korang nak settle lebih cepat.
Apa yang membuatkan ramai pengguna suka dengan GX FlexiCredit sebenarnya adalah faktor kepantasan. Menurut GXBank, 8 daripada 10 pengguna FlexiCredit menyatakan mereka memilih servis ini kerana prosesnya yang laju dan memudahkan urusan ketika diperlukan (GXBank Customer Data, Q1 2026).
Dalam dunia sekarang yang bergerak pantas, ramai dah tak mahu lagi terikat dengan proses lama yang menyusahkan. Lagi lagi generasi muda, freelancer, pekerja gig dan golongan yang mahukan sistem kewangan lebih praktikal untuk gaya hidup moden.
Saatnya untuk berubah

Bagi GXBank, idea mereka cukup mudah. Kalau sistem lama dah tak relevan dan menyusahkan ramai orang, mungkin memang dah tiba masa untuk cabar dan ubah sistem tersebut.
Sebab itu mereka tampil dengan kempen ‘Challenge The System’ atau ‘Gegar Sistem’, yang membawa mesej bahawa rakyat Malaysia patut ada akses kepada sistem kewangan yang lebih cepat, fleksibel dan memahami realiti kehidupan sebenar.
Menariknya, GXBank juga bukan sekadar fokus kepada individu sahaja. Untuk pemilik bisnes pemilik tunggal, mereka turut menawarkan GX Biz FlexiLoan bagi membantu usahawan mengurus aliran tunai dan kecemasan bisnes dengan lebih mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai GX FlexiCredit, korang boleh layari laman rasmi GX FlexiCredit.
*Tertakluk pada terma, syarat dan kriteria kelayakan.
Disclaimer:
*GXBank dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. GXBank adalah ahli PIDM. Deposit dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
The post Tengah Sesak Baru Nak Tunggu Approval? Ramai Dah ‘Gegar’ Sistem Lama first appeared on OHBULAN!.





