Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi momen mencuit hati apabila anak lelakinya, Muhammad Afwa yang menyatakan hasrat untuk membuat persembahan bersamanya dalam Konsert Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung Oktober depan.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Titip Kata Semangat Buat Ibu Keguguran 19 Minggu – ‘Anakanda Nanti Menanti Di Syurga…’
Menyanyi dengan ibu

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Siti mengakui terkejut dengan permintaan spontan anak bongsunya itu yang beria-ia mahu naik ke pentas bersamanya.
Siti kemudian berseloroh berkata, “Afwa tiba-tiba nak minta nyanyi dalam konsert tradisional la.”
Lebih menghiburkan, bukan Afwa sahaja yang memasang impian untuk beraksi di pentas, malah kakaknya, Siti Aafiyah turut menyatakan keinginan untuk menyertai konsert berkenaan.
Perkongsian itu nyata mencuit hati peminat yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu, malah ramai berharap hasrat kedua-dua cahaya mata penyanyi tersohor itu menjadi kenyataan.
Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu perkongsian di Instagram yang turut diserikan dengan sesi siaran langsung, apabila beliau menghiburkan peminat menerusi lagu Joget Berhibur.
Menurut Siti, konsert istimewa itu merupakan hadiah buat para peminat di samping usaha meraikan serta mengangkat keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan dan dihargai oleh generasi masa kini.
Sumber: Instagram
The post Aafiyah & Afwa ‘Request’ Nak Menyanyi Di Konsert Tradisional Siti Nurhaliza, Netizen Sokong! first appeared on OHBULAN!.





