31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Space Dollah Sedia Hadapi Keputusan Rayuan Akhir, Akui Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Syed Saddiq

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Space Dollah menegaskan akan terus berdiri teguh di sisi adiknya, Syed Saddiq bagi menempuhi keputusan rayuan akhir berhubung sabitan dan hukuman yang membabitkan empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selasa depan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Soal Majlis Perkahwinan Bersama Bella Astillah, Percaya Pada Perancangan Tuhan

    Artikel Berkaitan: Space Dollah Dedah Syed Saddiq Ungkap ‘I Love You’ Buat Pertama Kali – ’33 Tahun Tak Pernah Dengar…’

    Sokongan buat Saddiq

    Ketika ditemui , Space Dollah atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menyifatkan majlis solat hajat dan doa selamat malam tadi sebagai simbol penyatuan apabila dilihat ramai hadir untuk memberi sokongan.

    Dalam pada itu, Space Dollah turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan berterusan daripada ahli keluarga selain kata-kata semangat yang diterima daripada orang luar.

    Hari ini adalah hari untuk keluarga, kawan-kawan dan saudara mara. Semua orang bersatu, bukan sahaja untuk berdoa tapi juga untuk memberi sokongan kepada Saddiq.

    Saddiq sudah bersedia. Apa saja yang terjadi, kita semua akan ada dengan dia.

    Space Dollah berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat & solat hajat yang berlangsung di Madrasatul Hajjah Zubaidah, pada Khamis.

    MENARIK:  Konsert Jiwa: Epilog 2024 Bakal Bawa Yuna, Spider, 6ixth Sense & Fabio Asher Sepentas, 80% Tiket Sudah Terjual!

    Mengulas lanjut mengenai keadaan keluarganya, Space Dollah memaklumkan mereka kini tabah dan bersedia untuk menghadapi apa jua keputusan yang bakal diputuskan pada 30 Jun ini.

    Bagaimanapun, Space Dollah memaklumkan ibunya sedikit terkesan dengan situasi yang dihadapi namun menganggap ianya sebagai lumrah seorang ibu yang sentiasa merisaukan anaknya.

    Kami semua kuat saja.

    Mama agak sedikit emosi, tapi dia begitulah dari dulu. Saya akan buat apa saja untuk Saddiq.

    The post Space Dollah Sedia Hadapi Keputusan Rayuan Akhir, Akui Sanggup Lakukan Apa Saja Demi Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah