30 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah Tolak Permohonan, Kes Pengesahan Rujuk Datuk Red Terhadap Adira Tangguh

    Shopee Sale

    Mahkamah hari ini menolak permohonan penarikan balik kes yang difailkan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red terhadap bekas isterinya yang juga penyanyi Adira Suhaimi.

    Artikel Berkaitan: Datuk Red Mahu Jadi Kawan, Netizen Mohon Lepaskan Adira Dengan Baik – ‘Berdamailah Dengan Takdir’

    Artikel Berkaitan: ‘Harap Perbalahan Kita Tamat, Boleh Berunding Jaga Anak Ikut Haluan Masing-Masing’ – Datuk Red Mohon Maaf Kepada Adira

    Kes ditangguh

    Ketika ditemui , peguam syarie mewakili Adira, Nor Saidah Zakaria mewakili memaklumkan hakim tidak membenarkan permohonan untuk menarik balik kes itu.

    Pada aprosiding tadi mahkamah menolak permohonan plaintif untuk penarikan balik kes.

    Jadi, perlu teruskan dengan keterangan defendan pada tarikh akan datang.

    Pengesahan lafaz cerai dan rujuk adalah berdasarkan hukum syarak tak boleh sewenang-wenangnya ditarik semula.

    Sementara itu, Adira berkata dia bersedia memberi kerjasama dengan bekas suaminya dan menerima apa sahaja keputusan mahkamah memandangkan kes berkenaan sudah berada di pertengahan prosiding.

    Sebenarnya saya sedia apa saja keputusan dari mahkamah memandangkan kes ini sudah separuh jalan.

    Saya okay saja kerana tak ada apa yang berubah. Kalau hari ini tak selesai lagi, saya masih boleh bekerja macam biasa.

    Saya boleh jaga anak-anak macam biasa jadi Alhamdulillah tak ada masalah pun.

    Prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani kira-kira jam 2.30 petang itu berjalan secara tertutup dengan kehadiran kedua-dua pihak iaitu Datuk Red selaku plaintif dan Adira sebagai defendan.

    MENARIK:  Mickey, Minnie & Spider-Man Hidupkan Pentas Arena of Stars

    Mahkamah memutuskan perbicaan seterusnya berhubung permohonan itu akan dibuat pada 9 Julai depan.

    Terdahulu, mahkamah menangguhkan prosiding pengesahan lafaz rujuk yang berlangsung pada 23 April itu kepada hari ini yang diteruskan dengan permohonan penarikan balik kes oleh Adnan.

    Sebelum ini, Datuk Red melalui permohonan difailkan pada 18 Disember lalu mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian.

    Bagaimanpun, Adira meluahkan rasa terkejut dengan dengan tindakan Datuk Reddan mendedahkan usahawan itu turut meminta bayaran sebanyak RM100,00 sebagai salah satu syarat untuk membatalkan kes rujuk.

    Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.

    Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.

    The post Mahkamah Tolak Permohonan, Kes Pengesahan Rujuk Datuk Red Terhadap Adira Tangguh first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah