31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN tak berhajat bentuk kerajaan Johor, kata Noor Azleen

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros berpendapat PN tidak berhasrat membentuk kerajaan negeri susulan keputusan gabungan itu hanya bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Dalam satu kenyataan hari ini, Azleen berkata ia adalah satu isyarat politik yang sangat jelas untuk rakyat Johor.

    "Untuk membentuk kerajaan negeri, sesebuah gabungan perlu mempunyai laluan yang realistik untuk memperoleh majoriti kerusi.

    "Namun apabila PN memilih untuk bertanding di kurang daripada 60 peratus kerusi yang ada, ia menunjukkan bahawa sejak awal lagi mereka tidak benar-benar meletakkan sasaran untuk membentuk, apatah lagi mentadbir Kerajaan Negeri Johor,” katanya dalam kenyataan.

    Justeru Noor Azleen berkata dia ingin berpesan kepada seluruh rakyat Johor supaya tidak mensia-siakan undi mereka dalam PRN kali ini.

    "Isyarat yang diberikan oleh PN sudah cukup jelas. Sudah terang lagi bersuluh.

    "Mereka bukan sahaja tidak menunjukkan kesediaan untuk mentadbir negeri, malah strategi yang mereka pilih juga memperlihatkan bahawa membentuk Kerajaan Negeri Johor bukanlah keutamaan mereka sejak dari awal.

    MENARIK:  Hakim saran saksi kes Guan Eng mohon perlindungan SPRM, polis

    "Maka, jika mereka sendiri tidak meletakkan sasaran untuk membentuk kerajaan, untuk apa kita berbicara tentang pelan, visi, misi dan wawasan mereka untuk masa depan Johor?"soalnya.

    PN malam tadi mengumumkan akan meletakkan calon di 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai depan.

    PAS bertanding di 11 kerusi manakala Bersatu di 16 kerusi serta MIPP di lima kerusi daripada 56 kawasan DUN). Pejuang yang tampil di bawah payung PN pula akan bertanding hanya di satu kerusi.

    Pengumuman itu dibuat pada empat majlis berasingan melibatkan parti komponen PN; PAS, Bersatu dan MIPP.

    Daripada 23 kerusi yang tidak ditandingi PN, 13 merupakan kerusi yang disandang BN, sembilan dimenangi PH dan satu lagi dikuasai Muda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah