Penyanyi, Adira Suhaimi sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya, usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red susulan khabar angin mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga pada Julai depan.
Artikel Berkaitan: Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sahkan Bakal Nikah Julai Depan Dengan Ibu Tunggal – ‘Bukan Majlis Besar-Besaran’
Doakan kebahagiaan Datuk Red

Ketika ditemui , Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, berkata dia tidak terkejut dengan perkhabaran itu malah berharap semuanya berjalan dengan lancar.
Saya tak terkejut pun saya sentiasa mendoakannya termasuk kebahagiaan dan kesejahteraan dia.
Kalau bertemu jodoh baharu alhamdulillah.
Adira berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Gombak Barat untuk pengesahan lafaz rujuk pada petang Khamis.
Ketika ditanya sama ada pernah bertemu dengan wanita yang bakal mengahwini Datuk Red, Adira menegaskan perkara itu bukanlah satu keperluan.
Saya pun tiada masa inikan lagi pula nak berjumpa dengan sesiapa.
Tiada dan tidak perlu.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Tercipta Untukku itu berkata sepatutnya Datuk Red menjemput anak-anaknya lebih awal namun berlaku kelewatan yang kemungkinan tidak dapat dielakkan.
Sepatutnya dia menjemput anak-anak lebih awal.
Tapi mungkin ada perkara yang belum selesai dan ditunda pula bulan hadapan.
Terdahulu, tular berita mengenai Datuk Red yang dikhabarkan bakal menamatkan zaman dudanya pada bulan Julai depan.
The post ‘Saya Sentiasa Mendoakan Kebahagiaan Dia, Kalau Jumpa Jodoh Baru..Alhamdulillah’ – Adira first appeared on OHBULAN!.





