30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Astillah Titip Ucapan Buat Didi – ‘Perjalanan Rumah Tangga Tak Mudah, Jadi Isteri Yang Baik & Sentiasa Sabar’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menzahirkan rasa syukur dan gembira apabila adik kesayangannya yang juga pelakon, Didi Astillah, selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Diniey Ng.

    Artikel Berkaitan: Nikah Di Hari Asyura, Didi Astillah Kini Sah Isteri Diniey Ng

    Ucapan Bella untuk Didi

    Bella, 32, berkata, dia mendoakan agar rumah tangga yang dibina Didi berkekalan hingga ke akhir hayat serta dipenuhi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

    Kak Long (Bella) sentiasa mendoakan kebahagiaan adik. Dari kecil kita sentiasa bersama-sama. Hari ini, tak sangka adik sudah bergelar isteri. Semoga adik bahagia bukan sahaja sampai ke hari tua, malah hingga ke syurga.

    Bella berkata demikian ketika ditemui pada majlis pernikahan Didi dan Diniey yang berlangsung di Cyberjaya, pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Bella turut menitipkan beberapa pesanan buat adiknya yang kini memulakan kehidupan sebagai seorang isteri.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Tak Pernah Tukar Cadar, Saya Yang Buat..Angkat Tilam Berat Bukan Kerja Wanita’ – Faizal Hussein

    Menurutnya, alam rumah tangga bukanlah satu perjalanan yang sentiasa indah, namun setiap pasangan perlu saling melengkapi dan membimbing antara satu sama lain.

    Perjalanan rumah tangga ini tidak akan sentiasa mudah. Kita berkahwin bukan untuk mencari pasangan yang sempurna, tetapi seseorang yang sanggup membimbing dan berjalan bersama sehingga ke hari tua.

    Jadilah isteri yang baik, sentiasa bersabar, jangan cepat marah dan sentiasa menyayangi suami. Hadapilah setiap fasa kehidupan bersama, sama ada ketika senang, susah mahupun saat diuji.

    Terdahulu, Didi dan Diniey sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Didi, Awang Astillah, di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Mohamad Nazri.

    The post Bella Astillah Titip Ucapan Buat Didi – ‘Perjalanan Rumah Tangga Tak Mudah, Jadi Isteri Yang Baik & Sentiasa Sabar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah