32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    FAM: Tan Cheng Hoe ketua jurulatih interim Harimau Malaya

    Shopee Sale

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Interim Pasukan Kebangsaan bagi menggantikan Peter Cklamovski.

    FAM dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya berkata, pelantikan Tan Cheng Hoe dibuat selepas mengambil kira pengalaman, rekod pencapaian serta pemahaman mendalamnya terhadap landskap bola sepak negara.

    "FAM berharap pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai Ketua Jurulatih Interim Pasukan Kebangsaan akan kembali memberi suntikan baru kepada Harimau Malaya dalam usaha meningkatkan prestasi pasukan di peringkat Asia dan antarabangsa.

    MENARIK:  TMJ titah persenjataan, teknologi terkini ATM amat penting

    "Malah, FAM yakin pengalaman, kepakaran dan pengetahuannya mengenai bola sepak tempatan akan menjadi aset penting dalam usaha memperkukuhkan prestasi skuad Harimau Malaya," menurut kenyataan badan induk bola sepak negara itu.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah