Kehadiran cahaya mata sulung Fattah Amin dan Amira Othman terus menjadi bualan ramai khususnya nama yang diberikan kerana dianggap unik selain memiliki makna yang indah.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Selamat Timang Cahaya Mata Pertama, Pilih Nama Muhammad Jarir Umar
Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Fattah Amin Sentiasa Di Sisi, Doa Dibalas Syurga
Jarir Umar

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu memaklumkan bahawa dia mencari maksud serta latar belakang nama Jarir Umar yang dipercayai mempunyai kisah tersendiri.
Menurut individu berkenaan, nama Jarir Umar membawa maksud yang indah kerana melambangkan akhlak terpuji selain mencerminkan kebijaksanaan dalam menjaga aib sesama manusia.
Saya cuba cari maksud disebalik nama ‘Jarir Umar’.
Merujuk kepada kisah masyhur antara Khalifah Umar bin Al-Khattab dan sahabat Nabi, Jarir bin Abdullah.
Kisah ini memaparkan akhlak yang sangat terpuji mengenai kebijaksanaan menjaga aib sesama manusia.
Kisah tersebut mempunyai pengajaran penting dan terbahagi kepada beberapa butiran.
Dalam pada itu, individu tersebut berkongsi kisah yang terjadi antara Khalifah Umar bin Al-Khattab dan sahabat Nabi, Jarir bin Abdullah.
Difahamkan, Jarir dikisahkan menjaga aib seorang individu yang dipercayai terkentut ketika sedang berhimpun dengan tidak mendedahkan perkara itu kepada khalayak ramai.
Semasa satu perhimpunan, terhidu bau yang kurang menyenangkan. Jarir bimbang individu yang kentut berasa malu jika berseorangan keluar berwuduk, Jarir bin Abdullah bangun dan mencadangkan agar semua jemaah yang hadir bangun mengambil wuduk.
Tindakan Jarir dipuji oleh Umar kerana melindungi maruah dan menutup aib seseorang daripada diketahui orang ramai.
Begitulah kemanisan hidup orang yang beriman dan beramal. Mudah-mudahan Jarir Umar juga menjadi anakanda yang hebat walau pelbagai ujian dunia sangat mencabar.
Sumber: Threads @noratikah.azmi92
The post Individu Kongsi Kisah & Maksud Nama Jarir Umar – ‘Mencerminkan Kebijaksanaan Menjaga Aib Sesama Manusia’ first appeared on OHBULAN!.





