32.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kereta Mencurigakan Bongkar Penemuan Mayat Lelaki – ‘Mangsa Telah Meninggal Dunia Lebih Empat Hari’

    Shopee Sale

    Seorang pekerja pembersihan dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki berusia 55 tahun di dalam sebuah kereta di Jalan Lintang Merdeka, Pulau Pinang.

    Artikel Berkaitan: Laluan Ambulans Dihalang, Pesakit Meninggal Dunia Sebelum Sempat Tiba Di Hospital

    Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Meninggal Dunia Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Tiga Sekolah

    Lelaki maut

    Memetik laporan Sinar Harian, mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari sebelum penemuan tersebut dilaporkan kepada pihak berkuasa kira-kira jam 9.50 pagi.

    Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, kejadian itu disedari selepas sebuah kereta yang berada di lokasi berkenaan dilihat dalam keadaan mencurigakan.

    Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih empat hari sebelum mayatnya ditemui.

    Hasil pemeriksaan mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 55 tahun yang berasal dari Bukit Mertajam.

    Mangsa ditemui berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan berpakaian lengkap dan kenderaan tersebut tidak berkunci.

    Selain itu, pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur atau kesan jenayah pada tubuh mangsa.

    MENARIK:  ‘Allah Tahu Yang Terbaik’ – Kazar Saisi

    Bagaimanapun, mangsa dilaporkan mempunyai rekod penyakit kronik dan sedang menjalani rawatan di hospital.

    Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk menjalani bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan lanjut.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Kereta Mencurigakan Bongkar Penemuan Mayat Lelaki – ‘Mangsa Telah Meninggal Dunia Lebih Empat Hari’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah