29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan jenayah kerabat Pahang: Kerajaan serah pada pihak berkuasa

    Shopee Sale

    Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan seorang pekerja pembinaan jalan yang menjadi mangsa serangan berkumpulan kerabat diraja Pahang di Kuantan, Jun lalu.

    Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata pihaknya turut berharap siasatan terbabit dapat dilakukan dengan telus.

    “Kita serah kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan yang penuh dan telus,” tegasnya kepada pemberita ketika ditemui di Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Ancaman Dalam Talian 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.

    Fahmi Fadzil

    Pagi semalam, Malaysiakini melaporkan Alias Awang, 44, mendakwa menjadi mangsa serangan berkumpulan oleh seorang “anak Tengku” dan orang suruhannya di Kuantan Pada 6 Jun.

    Ia dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan isu tanah di Rompin.

    Bapa kepada lapan orang anak itu mendakwa seorang orang suruhan kerabat itu menikam kakinya dengan pisau manakala kerabat itu pula menembak kakinya tetapi tersasar.

    Kes disiasat bawah Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan merusuh.

    Kaki Alias yang cedera ditikam

    Ketua Polis Daerah Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu semalam memberitahu Malaysiakini bahawa tiga orang yang disyaki sebagai suspek utama direman tujuh hari bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis. 

    MENARIK:  Polis serah siasatan kes bom ikan pada Jabatan Perikanan, Perhutanan

    Dua lagi individu juga ditahan dan dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan, tambah Wan Mohd Zahari. 

    Ditanya mengenai dakwaan mangsa berkenaan penggunaan sepucuk pistol dalam kejadian itu, dia berkata polis masih memeriksa dakwaan tersebut.

    Kira-kira 10 jam selepas laporan Malaysiakini, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap kerabat diraja negeri itu yang didakwa menyerang orang awam.

    Baginda mengarahkan tindakan tegas, siasatan adil tanpa sebarang kompromi serta mengingatkan "tiada sesiapa pun yang lebih tinggi dari undang-undang, termasuk kerabat diraja”.

    Titah baginda, sekiranya terdapat bukti kesalahan dilakukan, ia hendaklah dibawa ke mahkamah untuk dituduh dan dibicarakan.

    Baginda juga memberikan komitmen bahawa istana tidak akan melindungi pihak yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan undang-undang, termasuk kerabat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah