30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS Kedah anggap DAP hipokrit sebut 47 kes Zahid sekarang

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | PAS Kedah hari ini menggariskan perbezaan parti itu dengan DAP termasuk apabila melibatkan isu perundangan serta mahkamah.

    Membahaskan ucapan dasar presiden di Kota Bharu, Kelantan, Mardhiyyah Johari berkata DAP menunjukkan bahawa parti itu bersikap hipokrit apabila kini mengungkit isu 47 pertuduhan yang dikenakan ke atas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

    Sedangkan, tambahnya, ia tidak disentuh oleh DAP ketika parti itu – bersama PH secara keseluruhan – mahu membentuk kerajaan pusat selepas PRU ke-15 lalu.

    “Semasa mereka nak bentuk kerajaan dengan sokongan Umno, perkara ini (47 pertuduhan terkait Ahmad Zahid) tidak berbangkit.

    “Sekarang ini depa kalut… Ini bukan reformasi tetapi hipokrasi,” katanya yang juga Adun Pengkalan Kundor.

    Mardhiyyah turut menyatakan sokongan terhadap ucapan dasar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang antara lain mendakwa PH menggunakan tindakan penguatkuasaan undang-undang terpilih ke atas musuh politik mereka.

    Isu berhubung kes Ahmad Zahid sebelum ini dibangkitkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, yang mempersoalkan mengapa pendakwaan terhadap ahli politik terbabit dihentikan ketika kerajaan meningkatkan usaha membanteras rasuah.

    Rayer berkata piawaian yang sama perlu dikenakan sama ada terhadap sekutu politik dan pembangkang.

    Persoal biasiswa kendalian DAP

    Pemimpin DAP itu turut menggesa pihak berkuasa meneruskan semula kes terhadap Pengerusi BN terbabit sekiranya bukti dan keadaan undang-undang membolehkan tindakan sedemikian diambil.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Sept 2023 sudah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

    Ia berlaku hampir setahun selepas kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, dibentuk dan dia dilantik menjadi perdana menteri.

    Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan sendiri memohon agar kes tersebut diberikan status DNAA.

    Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap kes berhubung dakwaan salah guna RM31 juta dana Yayasan Akalbudi oleh Ahmad Zahid.

    MENARIK:  ‘Kajian terperinci perlu untuk fahami perbezaan caj rawatan hospital swasta’

    Sementara itu Mardhiyyah berkata PAS mengambil pendekatan berbeza dan bersabar ketika keputusan mahkamah tidak memihak kepada parti tersebut, sekali gus menafikan mereka pertubuhan yang ekstrem.

    Dia secara khusus merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap keabsahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syarikah Kelantan 2019 yang dicabar oleh seorang peguam dari negeri sama, Nik Elin Nik Abdul Rashid, serta status pembatalan lesen premis judi di Kedah.

    Pada usia PAS sudah 75 tahun, katanya, mereka bersabar dan hanya menggunakan saluran demokrasi serta pilihan untuk melaksanakan agenda perjuangan parti dan menghormati keputusan mahkamah.

    “Apabila mahkamah membuat keputusan, kita akur. Tiada rusuhan, tiada angkat senjata, tiada demontrasi jalanan.

    “Kita tidak sama dengan DAP,” katanya lagi.

    SIkap itu, tambah Mardhiyyah, berlaku ketika PAS menjadi parti yang memiliki kerusi paling banyak di Dewan Rakyat, pernah berada dalam kerajaan pusat dan kini mentadbir di empat negeri.

    Dalam ucapan sama, dia turut membangkitkan isu Biasiswa Undang-undang Karpal Singh kelolaan DAP yang didakwanya turut dipaparkan pada laman sesawang Kementerian Digital.

    Menjelaskan terbuka dengan bantuan kepada pelajar, Mardhiyyah berkata, dia membangkitkan isu berkenaan kepada biasiswa tersebut dikendalikan oleh DAP tetapi dimuat naik pada laman sesawang kerajaan.

    “Dan di sana ada disebut, seorang Karpal Singh mati, akan lahir lagi 100 Karpal. Itu usaha mereka di lapangan yang kritikal ini.

    “PAS tak mampu bagi biasiswa, tapi kita mampu beri peguam-peguam muda, pelajar undang-undang yang menyokong PAS ilmu dan pengalaman melalui pendedahan kes-kes mahkamah yang kita hadapi,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah