Pelakon Fasha Sandha tampil menitipkan kata-kata semangat buat adiknya, Elisya Sandha, susulan kecaman yang diterima terhadap lakonannya dalam drama Madu atau Racun.
Artikel Berkaitan: MIG Mohon Maaf, Tiada Niat Sentuh Bab Agama Dalam Madu Atau Racun – ‘Teguran Ini Satu Pengajaran Besar’
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Kongsi Dua Pilihan Tangani Isu Suami Songsang – ‘Ketagihan Ini Tak Boleh Diubah Macam Magik’
Fasha Sandha nasihat Elisya Sandha

Menerusi hantaran di Threads, Fasha menasihati Elisya agar tidak terlalu memikirkan komen negatif, sebaliknya jadikan pengalaman tersebut satu proses untuk memperbaiki diri.
Setiap orang ada pendapat masing-masing. Ambil apa yang boleh dijadikan pengajaran, abaikan perkara negatif dan teruskan melangkah ke hadapan, Elisya.
Susulan perkara yang berlaku, Fasha berharap agar adiknya dapat menjaga emosinya dan tidak terlalu terbeban dengan segala kecaman yang diterima.
Jangan biarkan komen-komen negatif membebankan hati, adik Angah.
Berlembutlah dengan diri sendiri, biarkan segala kebisingan itu berlalu dan ingat bahawa apa yang sedang berlaku ini juga akan berakhir.
Saya sentiasa ada untuk awak, adik. Sayang awak sangat-sangat.
Terdahulu, beberapa klip daripada drama Madu Atau Racun terbitan Metrowealth International Group (MIG) mencetuskan kontroversi apabila memaparkan adegan membabitkan Elisya Sandha bersama gandingannya, Uqasha Senrose yang disifatkan kurang sesuai dipertontonkan.
Situasi tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dan teguran netizen, termasuk berkaitan kandungan drama yang didakwa menyentuh sensitiviti agama serta isu LGBTQ.
Drama arahan Eyra Rahman itu kemudiannya dilaporkan diturunkan susulan kontroversi berkenaan dan akan melalui proses suntingan sebelum ditayangkan semula.
Sumber: Threads
The post ‘Elisya, Jangan Biarkan Komen Negatif Membebani Hati & Berlembutlah Dengan Diri Sendiri’ – Fasha Sandha first appeared on OHBULAN!.





