30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan terburu-buru bubar parlimen, selesai agenda reformasi dulu – Bersih

    Shopee Sale

    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa kerajaan supaya tidak terburu-buru membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang.

    Sebaliknya, Bersih mahu kerajaan sedia ada menggunakan baki penggal Parlimen ke 15 untuk menyelesaikan agenda reformasi institusi yang masih tertangguh.

    Bersih berkata beberapa reformasi penting yang dijanjikan kerajaan perpaduan masih belum direalisasikan sepenuhnya, termasuk pemisahan perananan peguam negara dan pendakwa raya, had tempoh jawatan perdana menteri kepada maksimum 10 tahun serta pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

    Menurut gabungan itu, reformasi lain yang perlu diselesaikan termasuk pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pemberian Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara adil kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti serta pengukuhan sistem dan perananan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

    “Kerajaan, pembangkang dan semua parti politik mempunyai tanggungjawab untuk memanfaatkan baki penggal Parlimen ke-15 bagi menunaikan komitmen reformasi yang telah diberikan kepada rakyat,” kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

    Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang turut dipersetujui Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam berhubung cadangan supaya PRU16 diadakan lebih awal sebelum berakhirnya penggal Parlimen semasa.

    MENARIK:  Pasport 10 tahun RM350 mulai tahun ini, denda hilang atau rosak kini naik

    Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN semalam dilaporkan berkata langkah sedemikian akan membolehkan mandat mentadbir kerajaan Persekutuan dapat diperoleh kembali daripada rakyat.

    Pada 12 Ogos lalu, Bersih bersama 44 organisasi masyarakat sivil turut menggesa agar Parlimen ke 15 tidak dibubarkan lebih awal selagi agenda reformasi institusi penting belum dilaksanakan sepenuhnya.

    Bagaimanapun, Bersih menggesa perdana menteri mengumumkan lebih awal tarikh pembubaran Parlimen dan PRU16 sebagai amalan terbaik bagi memberi ruang mencukupi kepada pengundi membuat persediaan serta membolehkan pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, sekolah, sektor kesihatan dan korporat membuat peranancangan.

    “Mandat rakyat tidak seharusnya dipermainkan oleh ahli-ahli politik hanya untuk mengejar kekuasaan berbanding menyelesaikan janji-janji mereka untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

    Bersih turut menegaskan kerajaan perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memikul tanggungjawab bersama untuk memastikan agenda reformasi institusi dilaksanakan bagi memperkukuh amalan demokrasi negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah