30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS Terengganu tawarkan calon PM

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Kejayaan dan prestasi kerajaan Terengganu memberi keyakinan kepada PAS Terengganu untuk menawarkan calon perdana menteri daripada parti itu.

    Perwakilannya Wan Mat Sulaiman berkata, sejak diberikan amanah mentadbir Terengganu pada 2018, pihaknya menyedari dan menginsafi bahawa mengisi kemenangan adalah suatu perkara yang sukar kerana akan dinilai rakyat sebelum naik selangkah memerintah negara.

    Namun katanya, sejak awal lagi Terengganu berjaya melahirkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (Pitas) dengan meletakkan moto ‘Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.’

    "Alhamdulillah, setelah berlalu hampir dua penggal, alhamdulillah kepimpinan negeri Terengganu dapat membuktikan dan memberi kredit yang besar kepada PAS Pusat bahawa negeri yang kecil dengan kewangan yang terbatas, yang disekat royalti tetapi Terengganu mampu lahir sebagai negeri yang sejahtera.

    "Buktinya telah dipamerkan kepada kita, dan bukan kita sahaja yang menyatakan ini, tetapi agensi-agensi yang sentiasa membuat kajian. Kita ambil contoh yang pertama iaitu Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), sebuah badan yang bukan milik PAS dan bukan milik kerajaan negeri, membuat satu penilaian dari aspek ketelusan pengurusan bajet Terengganu.

    "Hasil daripada kajian ini, Terengganu lahir sebagai negeri terbaik dalam Malaysia dalam ketelusan pengurusan bajet. Ini bermaksud kita mempunyai aset yang begitu penting, yang mampu untuk mengurus kewangan negeri walaupun dalam keadaan terbatas. Kita mampu untuk lahir sebagai sebuah negeri yang begitu telus dan begitu terbaik dalam pengurusan ekonomi kita," katanya dalam perbahasan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS le-72 di Kota Bharu, hari ini.

    MENARIK:  Syed Saddiq bimbang Belanjawan '25 cetus perpecahan kelas

    Mengulas lanjut Wan Mat yang juga ketua Dewan Ulama PAS Terengganu berkata, hasil kerja keras kepimpinan Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar dan barisan exco Terengganu mampu mencatat contoh dalam pelaburan pada tahun 2025 sebanyak 7.58 bilion yang merupakan pelaburan tertinggi negeri itu.

    "Begitu jugalah dalam masa tiga tahun, kita mampu mencatat RM11.12 bilion dan Terengganu mampu menyediakan sebanyak 5,127 pekerjaan. Dari sinilah kita telah mendapat satu lagi branding yang terbaik yang mana kita telah dilabelkan sebagai sebuah negeri yang paling bahagia, yang paling sejahtera," katanya lagi.

    Justeru dengan kejayaan-kejayaan itu jelasnya, akan meletakkan keyakinan kepada rakyat yang mereka sudah mempunyai bukti kemampuan mentadbir negara ini dengan baik.

    "Sedikit sebanyak PAS Terengganu berjaya untuk menunjukkan kekuatan ini, prestasi ini. Bukan sahaja kita memainkan politik identiti, tetapi kita mampu menunjukkan prestasi yang terbaik.

    "Oleh yang demikian itu, PAS Terengganu insya-Allah, kalau PAS Pusat mahu, insya-Allah PAS Terengganu ingin menawarkan calon perdana menteri daripada Negeri Terengganu," katanya.

    Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Ahmad Samsuri yang juga pengerusi PN sering disebut-sebut sebagai seorang calon perdana menteri daripada PAS.

    Terdahulu dalam sidang media, Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika ditanya mengenai calon perdana menteri menyatakan perkara itu akan diumumkan apabila tiba masanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah