Pelakon Zarif Ghazzi mendedahkan kesan sampingan yang dialaminya selepas menghayati watak Abbas dalam karya terbaharunya, KUDRAT1968: High Council.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Turun 21KG Demi Filem Kudrat 1968 – ‘Makan Sehari Sekali & Jogging 15KM’
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Cedera Ketika Babak Aksi, Pilih Teruskan Penggambaran – ‘Ada Pendarahan Sikit’
Terbawa-bawa watak

Ketika ditemui , Zarif, 22, mengakui karakter Abbas masih dekat dengan dirinya biarpun penggambaran karya berkenaan sudah selesai.
Menurut Zarif, dia mengalami masalah pada urat yang merebak hingga ke bahagian telinga sehingga memerlukan dirinya mendapatkan nasihat daripada doktor.
Sejujurnya Abbas masih kekal dengan saya, dia masih ada.
Sebelum ini saya kurang ada urat di kepala.
Waktu saya melakonkan watak Abbas ini, antara kesan sampingan yang saya kena ialah urat itu dah sampai ke telinga, dia berdenyut-denyut.
Zarif berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana episod pertama siri terbaharu lakonannya, Kudrat 1968: High Council yang berlangsung di TGV KLCC pada Khamis.
Difahamkan, doktor menasihatkan agar Zarif mendapatkan rehat yang secukupnya susulan pelbagai emosi yang perlu dilalui sepanjang menjayakan watak Abbas.
Dalam pada itu, Zarif menyifatkan kesan sampingan yang dialaminya sebagai salah satu cabaran dalam perjalanan kariernya sebagai anak seni.
Saya jumpa doktor dan dinasihati untuk berehat.
Saya tak cukup rehat, saya terlalu kemurungan dan sebagainya. Semuanya demi untuk menghasilkan watak Abbas.
Bagi saya ini adalah satu perjalanan untuk melakonkan watak Abbas.
Walaupun saya kena kesan apa-apa, itulah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon, tak kisah watak itu susah atau mencabar sekalipun.
The post Zarif Ghazzi Dedah Alami Kesan Sampingan Bawa Watak Abbas – ‘Dah Sampai Ke Telinga, Berdenyut-Denyut’ first appeared on OHBULAN!.





