32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hadi nafi campur tangan dalam urusan PN buat keputusan

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS |  Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menafikan dakwaan atau tanggapan bahawa dia mempunyai perananan besar dalam menentukan sebarang keputusan di peringkat PN di sebalik statusnya yang tiada sebarang jawatan dalam gabungan tersebut.

    Sebaliknya, kata ahli politik veteran itu, sebarang keputusan melibatkan gabungan itu dibuat secara musyawarah.

    Malah, kata Abdul Hadi, PN beramal dengan kaedah demokrasi.

    "Tak betul (tanggapan pihak lain itu), kita (PN buat) keputusan secara musyawarah.

    “Kita mengamalkan demokrasi, bermesyuarat (secara) terbuka," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar dan perasmian Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, hari ini.

    Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak sebelum ini yang melihat dia seolah-olah mempunyai kuasa besar dan pengaruh dalam menentukan hala tuju PN.

    Tanggapan PN mengamalkan sistem ‘mullah’ itu dibuat kerana Abdul Hadi beberapa kali membuat kenyataan – termasuk melibatkan dasar – bagi pihak PN walaupun dia bukan sebahagian daripada pemimpin gabungan tersebut.

    Media pada Jun lalu antara lain melaporkan Abdul Hadi didakwa melanggar keputusan Majlis Tertinggi (MT) PN apabila tiba-tiba mengumumkan Presiden Wawasan, Hamzah Zainudin, sebagai ketua pembangkang.

    MENARIK:  SIS gesa tubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak berkecuali

    Ketika itu Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar – yang juga bekas setiausaha politik Abdul Hadi – baru penyandang jawatan itu selama 21 hari.

    Perkembangan itu hadir ketika kerjasama politik di antara PAS dan Bersatu 'berkecai' sehingga Hamzah dan penyokongnya mengambil-alih Wawasan sebagai parti baru yang kemudiannya diterima sebagai ahli gabungan PN.

    Susulan itu, PN – yang dikuasai PAS – dilihat mula menyisihkan Bersatu dari gabungan itu sedikit demi sedikit, khusus dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.

    Bagaimanapun setakat ini, gerakan yang dilihat sebagai menyingkirkan Bersatu dari PN belum berhasil sehingga isu tersebut dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

    Sementara itu Abdul Hadi turut menegaskan PAS bukan parti yang hanya membenarkan pandangan para pemimpinnya saja sehingga menutup ruang berbeza pendapat.

    Bahkan, kata ahli politik berusia 78 tahun itu, dalam PAS pemimpinnya boleh memberikan pandangan masing-masing

    "Dalam PAS ini seimbang, (bukan macam) sesetengah parti itu dengan pemimpin yes belaka.

    “Kita ini boleh memberi pandangan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah