30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Faizal Tahir Tak Kejar Gelaran Datuk, Mahu Fokus Berkarya

    Shopee Sale

    Penyanyi Faizal Tahir menegaskan dia sama sekali tidak mengejar gelaran Datuk sebaliknya hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

    Artikel Berkaitan: 85 Peratus Tiket ‘Suara Rakyat’ Dah Terjual! Faizal Tahir Kongsi Pentas Dengan Mirwana

    Artikel Berkaitan: Faizal Tahir Simpan Hasrat Bersara – ‘Sekarang Sudah Tidak Lagi Sama Seperti Dulu’

    Faizal Tahir tak kejar gelaran ‘Datuk’

    Ketika ditemui , Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 48, mengakui bahawa dia tidak pernah meletakkan harapan atau menjadikan sebarang penganugerahan sebagai matlamat dalam kerjayanya.

    Jelasnya, dia berkarya dengan ikhlas dan tidak menjadikan pengiktirafan sebagai ukuran terhadap usahanya sepanjang bergelar anak seni.

    Saya tak ada mengejar atau mengharapkan benda macam tu (penganugerahan).

    Saya tak buat kerja untuk mengharapkan acknowledgement daripada orang sekeliling. Saya rasa yang penting saya fokus pada kerja saya. 

    Benda-benda macam ni langsung saya tak fikir, saya tak mengharap pun. Bukan nak merendahkan sesuatu anugerah atau pengiktirafan itu, tapi saya rasa tidak perlulah. 

    Bagaimanapun, dia tetap menghargai sekiranya ada pihak yang menganggap dirinya layak menerima sebarang bentuk penghargaan atas sumbangan yang diberikan menerusi karya.

    Kalau ada orang yang rasa saya layak dapat, saya cakap Alhamdulillah. Tapi bukan benda yang saya cari bila bekerja.

    Saya nak fokus pada kerja saya sahaja. Saya tak mengharapkan semua benda tu. Tapi penganugerahan yang sebelum ini ke, lepas ini ke, itu satu bonus untuk memberi semangat kepada saya untuk terus berkarya sahaja.

    The post [VIDEO] Faizal Tahir Tak Kejar Gelaran Datuk, Mahu Fokus Berkarya first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Edika Yusof Tinggal Bersama Anak, Berlapang Dada Dengan Segala Ujian – ‘Saya Tak Kuat Tapi Pernah Kuat’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah