32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] 3 Diva Mahu Ulang Momen Manis Bersama Tun Mahathir – ‘Beliau Sudi Hadir Ke Belakang Tadbir Untuk Foto Bersama’

    Shopee Sale

    Tiga diva terkenal Indonesia, Krisdayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ berharap dapat kembali mencipta momen istimewa bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika konsert mereka yang bakal diadakan pada ibu kota November ini.

    Artikel Berkaitan: Kris Dayanti Ubati Rindu Peminat Selepas Lapan Tahun, Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Jun Ini

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kris Dayanti Tak Ada Niat Tenggelamkan Liza Aziz, Berlaku Salah Faham Teknikal – ‘Jangan Marah Saya’

    Momen indah

    Ketika ditemui , Krisdayanti menyifatkan kehadiran Tun Mahathir pada konsert mereka pada tahun 2007 antara momen paling bermakna apatah lagi apabila beliau sudi menemui mereka di belakang pentas dan meluangkan masa bergambar bersama.

    Syukurjika Tun Mahathir berkesempatan datang nanti. Itulah memori yang paling kami ingat.

    Bayangkan, 20 tahun lalu beliau bukan sahaja hadir menonton, malah sudi datang ke belakang tabir untuk berfoto bersama.

    Itu adalah satu pencapaian yang sangat besar buat 3 Diva.

    Krisdayanti berkata demikian ketika ditemui media dari Malaysia di Jakarta sempena Konsert 3Diva Live in Malaysia Timeless.

    Bercerita lanjut, Ruth yang juga menganggap momen itu sebagai pengalaman indah berkata Tun Mahathir pernah memuji persembahan mereka sebagai sesuatu yang sangat luar biasa.

    Kata Ruth ketika berada di atas pentas dia sempat melirikkan mata ke arah Tun Mahathir dan melihat sendiri betapa beliau begitu menikmati persembahan mereka.

    Kami dengar berita bahawa Tun Mahathir sempat berucap dan memuji persembahan kami. Kata beliau, ‘Wah, luar biasa! Seperti konsert di Las Vegas’.

    Apabila melihat dari atas pentas, kami nampak beliau sangat menikmati persembahan itu. Beliau tersenyum sepanjang waktu.

    Titi Dj pula mengakui seronok apabila melihat Tun Mahathir begitu menghayati persembahan mereka walaupun terdapat kemungkinan beliau tidak mengingati kesemua lirik lagu mereka.

    MENARIK:  Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?

    Dalam pada itu, Pengarah Urusan T-Rex Studio Sdn. Bhd., Audrey Wan Yuen Theng berkongsi keterujaan apabila berpeluang membawa kembali barisan diva Indonesia itu ke Kuala Lumpur sekali gus menemukan mereka semula dengan peminat yang sekian lama menantikan kehadiran mereka.

    Lagu-lagu mereka telah menemani kita selama bertahun-tahun. Melalui konsert ini, kami mahu peminat kembali menikmati memori dan perjalanan tiga seniwati yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah muzik serantau.

    Sebab itu kami memperkenalkan pakej ‘Semua Jadi Satu’ supaya peminat boleh hadir bersama keluarga dan sahabat bagi merasai pengalaman eksklusif ini.

    Audrey yang turut menyedari impak besar konsert 3 Diva sekitar 20 tahun lalu, berkata pihaknya yakin keistimewaan vokal ketiga-tiga penyanyi itu mampu menghidupkan kembali nostalgia yang pernah tercipta.

    Memang ada tekanan, tetapi kami mahu membangkitkan semula memori 20 tahun lalu. Kita tahu ramai artis tempatan dan tokoh seperti Tun Mahathir meminati mereka.

    Kami akan menghantar jemputan rasmi kepada Tun Mahathir dengan harapan beliau dapat hadir memeriahkan lagi malam tersebut.

    Dalam pada itu, Audrey turut memberi bayangan bahawa konsert berkenaan bakal menyajikan beberapa kejutan buat penonton termasuk kemungkinan kemunculan artis lain.

    Untuk pengetahuan, Konsert 3Diva Live in Malaysia Timeless akan berlangsung di Unifi Arena pada 22 November ini.

    The post [VIDEO] 3 Diva Mahu Ulang Momen Manis Bersama Tun Mahathir – ‘Beliau Sudi Hadir Ke Belakang Tadbir Untuk Foto Bersama’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah