30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Perlu Faham Bahawa Malaysia Negara Konservatif’ – Josiah Hogan Ulas Babak LGBT Dalam Karya

    Shopee Sale

    Pelakon Josiah Hogan tampil menyuarakan pandangannya terhadap karya yang mengetengahkan elemen dan mesej berkaitan LGBT untuk tontonan umum.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Suka Berlakon Beritahu, Aku Boleh Ganti & Jauh Lebih Berbakat Daripada Kau’ – Josiah Hogan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Josiah Hogan Tak Campur Konflik Pengarah, Penerbit Filem Misteri Fraser 1910

    Elemen kurang sesuai dalam karya di Malaysia

    Ketika ditemui , Josiah, 40, berpendapat setiap mesej yang ingin disampaikan menerusi sesebuah karya perlulah bersesuaian dengan agama serta tidak bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

    Tambahnya, kebebasan dalam berkarya tetap perlu disertai tanggungjawab dengan mengambil kira kesesuaian serta sensitiviti budaya masyarakat di Malaysia.

    Kita perlu faham bahawa Malaysia ialah negara konservatif. Dalam apa-apa perkara pun, agama perlu diutamakan.

    Kita juga perlu menghormati Rukun Negara. Jika mahu menyampaikan sesuatu mesej, kita perlu mengambil kira peraturan yang ada.

    Kebebasan berkarya tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghasilkan kandungan tanpa mengambil kira kesesuaian dengan budaya dan nilai masyarakat tempatan.

    Josiah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Poster dan Runut Bunyi Filem Orang Perang yang berlangsung di Hextar World Empire, Petaling Jaya.

    MENARIK:  [VIDEO] Bilakah Waktu Sah Untuk Niat Puasa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    Mengulas lanjut, Josiah akui memahami keadaan apabila seseorang pelakon terikat dengan kontrak sekali gus perlu melaksanakan setiap babak yang telah dipersetujui bersama pihak produksi.

    Bagaimanapun, pelakon berusia 40 tahun itu berpendapat bahawa ruang untuk berbincang dengan pengarah sentiasa terbuka bagi memastikan setiap babak dapat dijayakan tanpa mengetepikan sensitiviti penonton.

    Kadang-kadang, kami tak tahu watak dan babak yang akan dibawa tetapi disebabkan sudah tandatangan kontrak kita kena akur dengan kehendak produksi.

    Tapi itu tak bermakna kita tak boleh berunding dengan pengarah. Tak dinafikan cerita itu ada mesej yang nak disampaikan tetapi tetap kena jaga batas.

    The post ‘Perlu Faham Bahawa Malaysia Negara Konservatif’ – Josiah Hogan Ulas Babak LGBT Dalam Karya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah