25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AS ambil alih Gaza: Pendirian Malaysia tidak berubah terhadap Palestin – Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian Malaysia terhadap Palestin tidak berubah susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza.

    “Kita sedang teliti kenyataan (Trump). Pendirian kita tidak berubah sepertimana pendirian negara-negara Islam yang lain, kita akan ulas kemudian,” kata Anwar ringkas kepada pemberita.

    Beliau ditemui selepas melancarkan dua jilid buku berjudul A Malik Bennabi Reader serta penubuhan International Institute of Futures Studies di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Parti Anak Negeri sedia berpakat dengan Star, SAPP

    Media antarabangsa melaporkan Trump pada Selasa berikrar bahawa AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperanangan selepas penduduk Palestin dipindahkan ke negara lain, dengan rancangan untuk membangunkannya secara ekonomi.

    Langkah itu akan mengubah dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah