Pempengaruh media sosial, Mikhail Isaaq tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya menipu seorang pesara wanita melibatkan kerugian kira-kira RM80,000 dalam sebuah pelaburan perniagaan yang berlaku tahun lalu.
Mikhail Isaaq nafi tipu RM80,000
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mikhail atau nama lengkapnya Mikhail Isaaq Mohd Rozi, 31, menjelaskan pada peringkat awal perniagaan tersebut, pihaknya telah membeli stok barangan bernilai hampir RM80,000 sebagai sebahagian daripada pelaburan bersama.
Pada awal ceritanya, kita dah beli stok hampir RM80,000. So, the one yang partner saya ni ialah bukan sesiapa, tetapi ialah bos dan mak cik saya sendiri.
Dia dah berumur lebih kurang dekat 60-an lah. Jadi dia dah nak berhenti kerja, sebab tu kita ingat nak buat bisnes bersama. Tapi ada pergaduhan dan perselisihan faham menyebabkan kami tak jadi bekerjasama.
Sewaktu proses pembayaran balik, ada berlaku isu melibatkan pegawai polis dan bebarapa orang lain.
Mengulas dakwaan bahawa dirinya cuba menipu, Mikhail menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa situasi sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh orang ramai.
Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Saya tak nak orang kata fikir kononnya saya dah dapat duit hasil daripada bukan-bukan.
Saya tak nak orang dekat luar sana hilang kepercayaan pada saya. Sebab tu lagi sekali saya minta maaf daripada hujung rambut hingga hujung kaki kalau saya buat salah.
Saya dan keluarga tak pernah cuba untuk nak scam atau menipu orang. Lagi-lagi bab duit, makan benda yang haram kan.
Dalam masa sama, Mikhail menegaskan kesediaan untuk bertanggungjawab terhadap isu yang timbul serta memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa.
Perkara ini jadi pengajaran kepada saya dan saya harap benda ni jadi pengajaran untuk kau orang juga untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.
Mengulas kesan isu tersebut, Mikhail turut memohon maaf kepada keluarga, isteri serta para pengikutnya yang terkesan dengan kontroversi berkenaan.
Sumber: Instagram Mikhail Isaaq
The post [VIDEO] ‘Saya & Keluarga Tak Pernah Scam Duit Orang’ – Mikhail Isaaq Nafi Tipu Pesara Wanita RM80,000 first appeared on OHBULAN!.





