30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dikecam Berniaga Durian Tak Berbaju, Pelanggan Tetap Beratur Panjang & Jualan ‘Meletup’… Sehari RM10,000

    Shopee Sale

    Nama perniagaan Durian Papa Muda kembali mencuri perhatian selepas tular video memaparkan beberapa pekerja lelaki tanpa berbaju ketika mengendalikan jualan durian, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Durian Tiada Niat Tayang Badan Sado, Nafi Jadikan Sebagai Marketing – ‘Buka Pakaian Waktu Itu Sebab Cuaca Panas’

    Abang sado jual durian

    Walaupun pernah menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada segelintir netizen, perniagaan tersebut terus mendapat sambutan hangat sehingga mampu menjana pendapatan mencecah sekitar RM10,000 sehari.

    Pemiliknya, Muhamad Hairul Hafiz, 29, berkata dia tidak pernah menjadikan kritikan sebagai alasan untuk berhenti mempromosikan perniagaan dengan cara tersendiri, malah pendekatan sama terus digunakan.

    Menurut Hairul, kandungan yang dimuat naik di media sosial hanya bertujuan memaparkan rutin harian dan suasana sebenar ketika mengendalikan operasi jualan durian, bukannya untuk menampilkan unsur tidak senonoh.

    Bagi kami, perkara itu biasa sahaja sebab lelaki bekerja bawah cuaca panas memang kadang-kadang buka baju ketika memunggah durian daripada lori.

    Kami bukan sengaja mahu tayang badan atau buat kandungan bukan-bukan. Semasa berniaga, kami tetap berpakaian seperti biasa. Cuma apa yang dipaparkan di media sosial mungkin disalah tafsir oleh sesetengah orang.

    Tambah Hairul, dia dan pasukannya lebih selesa fokus kepada perniagaan serta memastikan kualiti buah yang dijual sentiasa berada pada tahap terbaik berbanding melayan kritikan netizen.

    Kami tak ambil hati sangat kalau ada yang mengecam. Yang penting pelanggan puas hati dan buah yang dijual berkualiti.

    Dalam masa sama, Hairul mengakui perjalanan perniagaannya tidak terlepas daripada cabaran terutama selepas gerai mereka yang sebelum ini beroperasi di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang mula dikenali ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Dedah Aliff Syukri Lagi Rajin Dari Pekerja – ‘Cuba Juga Ikut, Tapi Tak Boleh Lawan’

    Menurutnya, ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan selepas melihat kejayaan yang dikecapi sehingga membuatkan dia lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan.

    Paling sedih bila orang yang kita percaya sendiri cuba ambil kesempatan. Tetapi saya anggap semua itu sebagai dugaan dalam berniaga dan proses untuk saya belajar memperbaiki kelemahan.

    Bisnes ini bukan saya buat seorang diri. Semua staf saya anggap macam keluarga, jadi saya tak boleh mudah mengalah. Kalau ada susah, biar saya sendiri yang tanggung.

    Kini, gerai Durian Papa Muda sudah berpindah ke lokasi baharu di Laman Duta, Presint 15, Putrajaya bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

    Bagi memeriahkan lagi musim durian kali ini, Hairul turut menawarkan promosi istimewa buat penggemar raja buah dengan menjual durian Musang King pada harga serendah RM15 sekilogram.

    Katanya, dia mahu lebih ramai pelanggan dapat menikmati durian premium tanpa perlu terlalu risau mengenai harga yang sering dianggap mahal.

    Selain menguruskan gerai jualan, Hairul turut membuka peluang kepada pemborong dari seluruh negara untuk mendapatkan bekalan durian daripada kebun miliknya yang terletak di Pagoh, Johor.

    Video

    " data-video-id="7649236134505057543" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @durianpapamuda

    Teriknya hari hari, kedai buka macam biasa deh. 📍 Laman Duta, Presint 15, Putrajaya 📍 Waze: Durian Papa Muda HQ 🕘 9 Pagi – 12 Malam @DurianAbangSado @DURIANPAPAMUDA88 #DurianAbangSado #durianpapamuda #dpm #musimdurian #DurianPapaMudaHQ

    ♬ bunyi asal – Cik_Sha … – _𝘾𝙎_


    The post Dikecam Berniaga Durian Tak Berbaju, Pelanggan Tetap Beratur Panjang & Jualan ‘Meletup’… Sehari RM10,000 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah