Jurusolek dan rakan baik pelakon, Bella Astillah iaitu Aus tampil membidas kenyataan yang menyatakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq membuat keputusan yang salah kerana memilih aktres itu sebagai teman hidup.
Artikel Berkaitan: Didi Astillah Minta Maaf Isu Video ‘Prank’, Harap Netizen Tidak Salah Faham – ‘Setiap Keluarga Berbeza Caranya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Birthday Prank’ Menjadi! Netizen Puji Ibu Didi Astillah Tegas Dengan Anak & Syed Saddiq Tenang Kawal Situasi Tegang
‘Saddiq bertuah dapat Bella’
View on Threads
Menurut Aus, Saddiq bertuah kerana memiliki Bella sebagai teman hidup, memandangkan pelakon itu sentiasa memberi sokongan kepadanya.
Katanya, Bella tidak pernah meminta barangan atau hadiah yang mahal, sebaliknya sentiasa bersikap sederhana.
Kenapa awak cakap macam ni ya? Awak tahu tak Saddiq yang bertuah dapat wanita macam Bella sebab dia sentiasa beri sokongan dan kata-kata semangat kepada Saddiq.
Bella ada duit dia sendiri, ada akal yang waras dan selalu gembirakan Saddiq.
Bella pun tak pernah minta Saddiq benda yang mahal-mahal.
Dalam pada itu, Aus turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai hubungan rakan baiknya itu.
Aus berharap orang ramai memberi ruang kepada Saddiq dan Bella untuk menjalani kehidupan mereka sendiri.
Dia pun ada kehidupan dia sendiri jadi tolong jangan nak cakap macam Saddiq buat keputusan yang salah.
Saddiq tu orang yang ada ilmu dan dia tahu apa yang terbaik untuk dia.
Sumber: Threads
The post Rakan Baik Bella Astillah Bidas Netizen Dakwa Syed Saddiq Salah Pilih Teman Hidup – ‘Dia Ada Ilmu, Tahu Apa Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.





