Pelakon, Zarina Anjoulie mengakui bahawa semakin banyak wang yang dimiliki, semakin besar cabaran dan komitmen kewangan yang perlu dihadapinya.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Wanita Susah Tiada Jantan Datang Tolong’ – Zarina Anjoulie Sokong Wanita Gaji RM8k ‘Reject’ Lelaki Gaji RM2k
Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie ‘Check’ DM Kekasih, Dedah Ramai Cuba Mengorat – ‘Ambillah Kalau Nak, Lelaki Baik Tak Akan Layan’
Sisi gelap T20

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu tampil mengajukan persoalan mengenai sisi gelap kehidupan golongan T20.
Apa darkside jadi T20?
Saya nak T20 jawab.
Hantaran tersebut menarik perhatian Zarina yang berkongsi bahawa dahulu dia mampu hidup dengan perbelanjaan sekitar RM150 dalam tempoh seminggu.
Namun, kini wang berjumlah RM125,000 boleh habis dibelanjakan dalam tempoh dua bulan tanpa disedari.
Lagi banyak duit, lagi banyak pula masalah yang datang dan lagi banyak belanja.
Dulu RM150 seminggu boleh je hidup, sekarang RM125k dalam tempoh 2 bulan dah habis.
Beli apa pun tak ingat.
Ugut kalau tak beri duit

Dalam pada itu, Zarina mendakwa terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan dengan mendekatinya semata-mata untuk mendapatkan wang, malah ada yang sanggup mengugut sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.
Lepastu semua orang nak menepel, dah menempel siap ugut pula tu kalau tak bagi duit.
Dalam masa sama, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada perhatian ramai, menjalani kehidupan secara sederhana serta memaklumkan kepada orang sekeliling bahawa dirinya tidak lagi seperti dahulu.
Last sekali, saya lari stay dalam hutan dan pakai kereta buruk.
Bagitahu semua orang saya dah miskin dan sendu.
Sejak dari itu, Alhamdullilah ramai orang stop kacau dan hidup saya jadi aman.
Sumber: Threads
The post ‘Lagi Banyak Duit, Lagi Banyak Masalah’ – Zarina Anjoulie Dedah ‘Dark Side’ Jadi T20, Ramai Ambil Kesempatan first appeared on OHBULAN!.





